Balai Bomba Baharu Bakal Dibina Di Chiku, Gua Musang

Penduduk di kawasan Gua Musang dan Kuala Krai bakal mendapat manfaat daripada pembinaan sebuah balai bomba baharu di Ciku, Gua Musang yang dijangka bermula tahun depan.

Projek berkenaan diluluskan menerusi Belanjawan 2027 bagi memperkukuh keupayaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, khususnya dalam memberikan tindak balas kecemasan terhadap kemalangan jalan raya yang kerap berlaku di kedua-dua daerah berkenaan.

Pengarah JBPM Kelantan, Farhan Sufyan Borhan berkata, balai bomba baharu itu dijangka mengambil masa kira-kira dua tahun setengah untuk disiapkan.

Menurutnya, kemudahan berkenaan akan dibina sebagai balai bomba Kategori D bagi meningkatkan keupayaan operasi jabatan di kawasan yang mempunyai kekerapan kemalangan jalan raya yang tinggi.

"Kita menjangkakan balai bomba baharu yang terletak di Ciku ini dapat membantu menangani kemalangan yang kerap berlaku di Gua Musang dan Kuala Krai," katanya.

Sumber: Berita Harian

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!