JBPM Hantar Lebih 17 Tan Bekalan Makanan Ke Kawasan Pedalaman Gua Musang

Penduduk Orang Asli di pedalaman Gua Musang menarik nafas lega apabila bantuan bekalan makanan asas mula dihantar menggunakan laluan udara, selepas jalan darat terputus akibat kerosakan teruk dan tanah runtuh susulan Monsun Timur Laut.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melalui Unit Udara memulakan operasi penghantaran lebih 17 tan bekalan makanan menggunakan helikopter Mi-17-IV ke beberapa penempatan Orang Asli yang terjejas.

Antara lokasi terlibat ialah Pos Gob, Pos Singor, Pos Belatim, Pos Bihai dan Pos Balar.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Bahagian Udara JBPM, Mohd Ruzaidi Ramlee berkata, operasi selama empat hari itu melibatkan seramai 22 kru penerbangan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Menurutnya, pada hari pertama operasi, sebanyak 203 bakul makanan dengan berat kira-kira 18 kilogram setiap satu berjaya dihantar ke Kampung Tendrik, Pos Bihai.

Bagaimanapun, cuaca yang kurang mengizinkan menyebabkan hanya 3.6 tan bekalan dapat dihantar ke satu lokasi pada hari berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli Kampung Tendrik, Apek Asud berkata, keadaan jalan yang rosak teruk menyukarkan penduduk untuk keluar ke bandar bagi mendapatkan bekalan makanan.

Katanya, bantuan yang diterima sedikit sebanyak membantu meringankan beban penduduk yang kini bergantung kepada hasil tanaman kecil-kecilan sebagai sumber makanan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan MADANI atas keprihatinan membantu masyarakat Orang Asli yang terkesan, sambil berharap keadaan cuaca kembali pulih agar laluan darat dapat digunakan semula.



Sumber: Bernama

TERKINI

Lebuh Raya KBKK Capai 71.4 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 2027
|
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini…
Murid SJKC Di Kota Bharu Cipta Kejutan Muncul Johan Tilawah Al-Quran
|
Ramai mungkin tidak menyangka seorang murid dari Sekolah Jenis…
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Pulai Berusia Lebih 200 Tahun Ketika Ribut
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang…
Thailand Rampas 750 Liter Petrol Malaysia Disyaki Baru Diseludup Di Sungai Golok
|
Pihak berkuasa Thailand terus memperketat kawalan di sempadan apabila…
MPKB-BRI Tolak Rayuan, Penganjur Disko Retro Kekal Kena Kompaun RM30,000
|
Penganjur majlis disko retro bertemakan hippie ala 60-an dan…
Lombong Haram Di Gua Musang Diserbu, Tujuh Jentera Bernilai RM4 Juta Disita
|
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyita tujuh jentera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!