Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun ditemui lemas di Air Terjun Lata Tujuh, Pasir Puteh, petang Sabtu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.33 petang sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.
Menurutnya, mangsa berjaya ditemui anggota penyelamat menggunakan kaedah selaman (skin dive) bersama peralatan besi sauh (grappling iron).
“Mangsa berjaya dijumpai anggota penyelamat dengan menggunakan kaedah selaman (skin dive) serta peralatan besi sauh (grappling iron).
“Mayat mangsa dijumpai selepas terlekat pada alatan dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya ketika dihubungi.
Mangsa Ditemui Pada Kedalaman Lebih Tiga Meter
Azhar berkata, mangsa ditemui pada kedalaman lebih tiga meter.
Operasi SAR itu membabitkan seramai 10 anggota.
Pasukan KKM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut berada di lokasi bagi membantu operasi berkenaan.
Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM.
Sumber: Harian Metro
