Kelantan Red Warrior FC (KRW) secara rasmi memperkenalkan jersi baharu pasukan yang akan digunakan dalam saingan Liga Super musim 2026/2027.
Pelancaran itu berlangsung ketika KRW berdepan Melaka FC dalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi.
Bagi jersi utama pemain, KRW mengekalkan warna merah yang cukup sinonim dengan identiti bola sepak Kelantan. Rekaan tersebut dilengkapi jalur putih pada kedua-dua sisi badan serta bahagian bahu.
Foto: Kelantan Red Warrior FC
Logo KRW diletakkan pada bahagian kiri dada, manakala logo pengeluar jersi iaitu Elrah berada di sebelah kanan.
Tiga Pilihan Jersi
KRW turut memperkenalkan tiga lagi rekaan jersi untuk musim baharu.
Jersi utama penjaga gol tampil dengan warna hitam dan jalur putih di bahagian sisi. Bahagian bawahnya turut dihiasi corak grafik dengan gabungan tona hitam serta kelabu.
Foto: Kelantan Red Warrior FC
Jersi kedua penjaga gol menggunakan warna kuning dengan gabungan hitam pada bahagian lengan, bahu dan kolar.
Jersi etiga pula hadir dalam warna putih dengan corak kelabu lembut.
Pelancaran jersi tersebut menjadi antara persiapan KRW menjelang penampilan mereka dalam saingan Liga Super musim 2026/2027.
Dalam perlawanan persahabatan berkenaan, KRW bangkit dua kali daripada ketinggalan untuk mencatat keputusan seri 2-2 menentang Melaka FC.
