Lelaki Ditangkap Disyaki Lakukan Perbuatan Tidak Senonoh Terhadap Kucing

Polis Daerah Pasir Puteh telah menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung insiden tular di media sosial yang memaparkan tindakan tidak senonoh terhadap seekor kucing di sebuah kediaman.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Supt Saari bin Yaacob, mengesahkan bahawa pihak polis menerima laporan berhubung video yang tular di platform Threads tersebut pada 18 Oktober 2026.

Susulan laporan berkenaan, sepasukan pegawai dan anggota polis telah bertindak menjalankan siasatan hingga membawa kepada penangkapan suspek lelaki Melayu tersebut.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi mengenal pasti fakta sebenar kejadian," tegas beliau dalam satu kenyataan media.

Pihak polis turut memandang serius kejadian ini dan menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi, tuduhan, atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan yang boleh menjejaskan proses siasatan.

Orang ramai juga digesa supaya tidak menular atau menyebarkan semula video berkenaan demi menghormati sensitiviti awam dan mengelakkan penyebaran kandungan yang tidak wajar.

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!