ECRL Kota Bharu-Rantau Panjang Ambil Masa 4 Tahun Setengah Untuk Siap

Sambungan ECRL dari Kota Bharu ke Rantau Panjang sepanjang kira-kira 32 kilometer dijangka mengambil masa empat tahun setengah untuk disiapkan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, projek hingga ke sempadan Malaysia-Thailand itu sudah mendapat kelulusan Kabinet susulan lawatan Perdana Menteri ke China pada bulan lalu.

Buat masa ini, projek masih di peringkat kajian teknikal dan pengambilan tanah.

Dua tahun pertama dijangka tertumpu kepada urusan pengambilan tanah serta penilaian teknikal sebelum pembinaan dapat dimulakan.

Dalam perkembangan lain, operasi kargo ECRL dari Gombak ke Kota Bharu dijangka bermula serentak dengan perkhidmatan penumpang.

Bagaimanapun, sambungan kargo ke Pelabuhan Klang memerlukan kira-kira setahun lagi kerana kerja pembinaan laluan ke pelabuhan itu masih berjalan.

Sumber: Utusan

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!