Kalimah Allah Hiasi Lampu Utama Dewan Negeri Kelantan

Kalimah Allah SWT yang menghiasi lampu utama di ruang persidangan menjadi antara keunikan istimewa Dewan Negeri Kelantan.

Keunikan tersebut dikongsikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan menerusi satu hantaran di Facebook miliknya.

Beliau berkata, kalimah yang terserlah indah dalam reka bentuk lampu berkenaan bukan sekadar menjadi penghias ruang persidangan, malah membawa pengertian yang mendalam.

Dewan negeri Kelantan

Foto: Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan



“Antara keunikan yang begitu istimewa di Dewan Negeri Kelantan yang mulia ialah kalimah Allah SWT yang menghiasi lampu utama di ruang persidangan.

lampu hiasan kalimah Allah

Foto: Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan


“Kalimah yang terserlah indah dalam reka bentuk lampu tersebut melambangkan keagungan Allah SWT, mengangkat syiar Islam serta menjadi lambang ketundukan dan pengabdian kepada-Nya dalam melaksanakan amanah pemerintahan dan urusan negeri,” katanya.

Reka bentuk tersebut sekali gus memberikan identiti tersendiri kepada ruang persidangan Dewan Negeri Kelantan.

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!