Wanita Ditahan Jahit Mulut Rakan Serumah Sehingga Tertutup

Seorang wanita di Jepun ditahan polis selepas didakwa menjahit bibir rakan serumahnya menggunakan jarum dan benang dalam satu kejadian yang menggemparkan di Koga City, Wilayah Ibaraki.

Suspek, Masae Sakurai, 49, yang bekerja secara sambilan, ditahan atas tuduhan menyebabkan kecederaan selepas dipercayai melakukan perbuatan itu pada 6 Julai lalu.

Wanita Ditahan Jahit Mulut Rakan Serumah 2

Suspek berusia 49 tahun ditahan polis (Foto: FNN)


Kejadian terbongkar pada 29 Jun apabila mangsa berusia 42 tahun berjaya melarikan diri dari rumah ketika suspek keluar sebelum masuk ke sebuah kedai berhampiran untuk mendapatkan bantuan.

Oleh kerana tidak dapat bercakap akibat bibirnya dijahit, mangsa menyerahkan sekeping nota kepada pekerja kedai.

"Tolong saya. Tolong hubungi polis. Saya tidak boleh bercakap." tulisnya.

Pekerja kedai kemudian segera menghubungi pihak polis.

Menurut mangsa ketika disoal siasat, dia tidak melarikan diri lebih awal kerana terlalu takut terhadap suspek.

Ketika ditemui, benang yang menjahit bibir mangsa diikat kemas supaya tidak mudah terbuka dan terdapat kesan darah, namun mangsa dilaporkan tidak mengalami kecederaan yang mengancam nyawa.

Motif Masih Disiasat

Sehingga kini, polis belum mendedahkan kenyataan daripada Sakurai, menyebabkan hubungan sebenar antara suspek dan mangsa serta motif kejadian masih belum diketahui.

Menurut laporan media tempatan, Sakurai tinggal di kawasan itu sejak kira-kira dua hingga tiga tahun lalu bersama suami warga asing dan dua anaknya.

rumah suspek jahit mulut rakan di jepun

Rumah suspek dan mangsa tinggal bersama (Foto: FNN)

Bagaimanapun, jiran mendakwa suaminya kemudian tidak lagi tinggal bersama mereka.

Sejak April 2025, Sakurai dipercayai tinggal bersama mangsa di rumah tersebut.

Seorang saksi turut mendakwa pernah melihat mangsa duduk mencangkung sambil memeluk lutut dari waktu malam hingga pagi, termasuk ketika hujan dan cuaca sejuk.

Bekas rakan sekerja Sakurai pula menggambarkannya sebagai seorang yang pandai mempengaruhi orang lain.

Menurut individu itu, Sakurai pernah membawa masuk seorang kanak-kanak yang tiada tempat tinggal, membantu mendapatkan pekerjaan dan turut menerima wang daripada individu tersebut.

Polis Siasat Kemungkinan Penghuni Lain

Polis kini turut menyiasat kemungkinan terdapat penghuni lain yang tinggal di rumah berkenaan selepas beberapa individu dilihat keluar masuk premis tersebut dengan kerap.

Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada rumah itu menjadi lokasi kepada satu bentuk kehidupan komuniti yang luar biasa.

Sumber: The Asia Business Daily

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!