[VIDEO] Kanak-Kanak 11 Tahun Pandu Trak Pikap, Lapan Sami Maut Dirempuh

Apa yang sepatutnya menjadi perjalanan penuh ketenangan bertukar menjadi tragedi apabila sekumpulan sami Buddha dirempuh sebuah trak pikap ketika sedang berjalan menuju ke upacara keagamaan di Mukdahan, Thailand, pada Khamis.

Lebih menyedihkan, kenderaan itu dipandu oleh seorang kanak-kanak lelaki yang baru berusia 11 tahun.

Ambil Kenderaan Tanpa Izin

Komander Polis Wilayah Mukdahan, Mejar Jeneral Polis Pairoj Thaiphutsa berkata, siasatan awal mendapati kanak-kanak itu mengambil trak pikap milik ibu bapanya tanpa kebenaran sebelum hilang kawalan dan merempuh kumpulan berkenaan.

Kanak-Kanak 11 Tahun Pandu Trak Pikap, Lapan Sami Maut Dirempuh 3


"Suspek merupakan seorang kanak-kanak. Kenderaan itu telah dibawa untuk pemeriksaan forensik bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

"Kami telah meminta ibu bapa kanak-kanak itu hadir bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab menjaga mangsa, sekali gus membolehkan proses undang-undang diteruskan," katanya,

Kanak-Kanak 11 Tahun Pandu Trak Pikap, Lapan Sami Maut Dirempuh 4


Lima sami disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala tiga lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Mangsa Dirawat Di Hospital

Lebih 10 mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Mukdahan untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Bandar Mukdahan, Prayut Ruanthongkam turut mengesahkan pemandu kenderaan terbabit ialah kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.

Jadikan Pengajaran

Sementara itu, Gabenor Wilayah Mukdahan, Worayan Bunnarat berkata, tragedi tersebut seharusnya menjadi peringatan kepada semua pihak mengenai kepentingan keselamatan jalan raya.

Kanak-Kanak 11 Tahun Pandu Trak Pikap, Lapan Sami Maut Dirempuh 2


"Kami sangat tegas mengenai keselamatan jalan raya sejak kebelakangan ini. Kes ini sepatutnya menjadi pengajaran bukan sahaja buat wilayah kami, malah untuk masyarakat awam bagi mencegah kemalangan jalan raya.

"Saya berpendapat semua pihak terlibat, khususnya ibu bapa, perlu membantu kerana tiada sesiapa yang mahu perkara sebegini berlaku," katanya.


Sumber: Berita Harian

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!