Suami Isteri Ditahan Disyaki Guna Dron Seludup Tembakau Ke Penjara

Cubaan menyeludup tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang, Melaka menggunakan dron dipercayai berjaya dipatahkan selepas pihak penjara mengesan penerbangan mencurigakan menerusi sistem pengesan dron.

Dalam kejadian pada Rabu lalu, sepasang suami isteri ditahan kerana disyaki menerbangkan dron tanpa permit bagi tujuan menyeludup tembakau kepada seorang banduan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Halim Abas berkata, lelaki berusia 46 tahun bersama isterinya yang berusia 27 tahun ditahan di sebuah inap desa di Taman Keris Satria kira-kira jam 4 petang pada hari sama.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati suspek lelaki menerbangkan dron jenis Air 2S pada jam 1.20 pagi dari inap desa yang terletak kira-kira 313.5 meter dari lokasi penerbangan.

“Pencerobohan dron di penjara itu disedari seorang petugas yang sedang menjalankan pemantauan menggunakan peralatan perisikan teknikal, iaitu pengesan dron milik Jabatan Penjara Malaysia.

“Dron itu dikesan memasuki kawasan penjara dan berlegar-legar di atas bangunan bengkel kulinari sebelum berpatah balik ke perumahan Taman Keris Satria,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sistem pengesan dron turut merekodkan tiga penerbangan memasuki kawasan penjara selain berjaya mengesan lokasi pengendali, lokasi dron berhenti, masa operasi dan jenis dron yang digunakan.

Banduan beri lokasi penghantaran

Hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai menerbangkan dron bagi meninjau kawasan sesuai untuk menjatuhkan tembakau yang dirancang dihantar pada malam sama kepada seorang banduan.

Menurut Halim, banduan terbabit dipercayai memberikan lokasi penghantaran menerusi panggilan telefon dan pihak penjara kini sedang mengesan individu berkenaan bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, tiada barang larangan ditemukan di lokasi dron berlegar.

Polis turut merampas dua kotak mengandungi set dron dan peralatan gantian, dua bungkusan tembakau, sebuah alat penimbang serta empat telefon bimbit milik suspek.

Suspek lelaki direman selama empat hari manakala isterinya, yang mendakwa tidak mengetahui kegiatan suaminya, direman sehari bermula semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan Seksyen 58 Akta Penjara 1955.

Selain itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan dimaklumkan bagi tindakan lanjut berhubung kesalahan menerbangkan dron tanpa kebenaran di bawah Peraturan 143, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Sumber: Malaysiakini

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!