Azlan mengaku tidak bersalah atas dakwaan rosakkan kenderaan

BESUT – Usahawan hartanah terkenal, Datuk Mohamad Azlan Abdullah @ Ali, 38, atau lebih dikenali sebagai Azlan Al Amin, bersama adiknya Mohd. Mustakim, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Besut hari ini atas pertuduhan merosakkan kereta seorang jurujual kad sim telekomunikasi pada Khamis lalu.

Kedua-dua Orang Kena Saman (OKS) berkenaan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fadhli Mahmud.

Menurut pertuduhan, mereka didakwa merosakkan sebuah kereta Perodua Bezza milik Wan Hafizie Wan Mohamd, 36, hingga menyebabkan kerugian dianggarkan RM5,000.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di hadapan rumah mereka di Kampung Pengkalan Buluh, Jerteh, kira-kira jam 11 malam pada 23 Oktober lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara satu hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Selain itu, Mohd. Mustakim bersama tiga pekerja kepada Azlan iaitu Ramli Mohd, 56, Muhammad Shafiq Hakimi Hussain, 21, dan Muhammad Haiqal Mirzan Mohd. Mazli, 23 turut didakwa atas pertuduhan mencederakan Wan Hafizie di lokasi dan waktu sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Wan Hafizie turut berdepan dua pertuduhan melakukan kekerasan jenayah terhadap Mohamad Azlan dan Mohd. Mustakim pada masa dan tempat sama.

Dia juga mengaku tidak bersalah dan didakwa mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda maksimum RM1,000 jika sabit kesalahan.



Sebelum ini, media melaporkan bahawa kesemua enam lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan insiden pergaduhan akibat salah faham yang berlaku di hadapan rumah Mohamad Azlan dan tular di media sosial baru-baru ini.

#KelantanDaily
Sumber: Utusan, Kosmo

TERKINI

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Terima Rasuah Lebih RM1 Juta
|
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Iliyas Jamil,…
Ini Senarai 10 Nama Kampung Unik Di Kelantan
|
Kelantan sememangnya terkenal dengan budaya, dialek dan sejarah yang…
Tuan Guru Haji Awang Yusuf Dinobat Tokoh Hijratul Rasul Kelantan 1448H
|
Mudir Madrasah Yusufiah Pondok Banggol Naim Gelang Mas, Pasir…
[VIDEO] Peniaga Peragakan Pakaian Dalam Di Tempat Awam Cetus Kecaman
|
Satu video yang memaparkan seorang peniaga wanita memperagakan pakaian…
Ulama Umno Bidas Senator DAP, Pertahan Program Dakwah Di UPSI
|
Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Mohd Khairuddin Aman Razali…
PRU16 Dijangka Diadakan Oktober Atau November Tahun Ini
|
PAS menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan berlangsung…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!