Polis Siasat Video Tular Jual Air Ketum Ketika RXZ Members

Polis membuka siasatan berhubung dakwaan penjualan air ketum secara terbuka di kawasan susur keluar Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Paka selepas dua rakaman video mengenainya tular di media sosial.

Menurut laporan Utusan, rakaman tersebut dipercayai menunjukkan aktiviti penjualan air ketum di laluan dari arah Kemaman menuju ke Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Abdul Halim Nik Mat berkata, pihaknya telah menerima satu laporan berkaitan video berkenaan.

Siasatan awal mendapati kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika program RXZ Members 8.0 berlangsung. Lokasi berkenaan merupakan antara laluan utama yang digunakan peserta untuk menuju ke tapak penganjuran program.

“Susulan maklumat tersebut, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Dungun digerakkan ke lokasi kejadian. Hasil pemeriksaan mendapati tiada lagi aktiviti penjualan seperti yang dipaparkan dalam rakaman video berkenaan,” katanya.

Nik Abdul Halim menegaskan bahawa Polis Daerah Dungun memandang serius sebarang kegiatan penjualan atau penyalahgunaan air ketum serta barangan terlarang, termasuk penyalahgunaan dadah.

Pemantauan dan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan, terutama di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai serta sepanjang penganjuran program berskala besar.

“Jika terdapat sebarang tangkapan dan rampasan, kes boleh disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Sumber: Utusan

TERKINI

Polis Siasat Video Tular Jual Air Ketum Ketika RXZ Members
|
Polis membuka siasatan berhubung dakwaan penjualan air ketum secara…
Jumlah Penduduk Kelantan Bagi Tahun 2026
|
Jumlah penduduk Kelantan dianggarkan meningkat kepada 1,925,300 orang pada…
Dari Penjual Tepi Jalan, Dolly Kini Dibayar Puluhan Ribu Untuk Hidang Teh
|
Di tepi sebatang jalan di Nagpur, India, seorang pemuda…
Dah Jadi ‘Pilot’ Pun Masih Mahu Edar Dadah, Juruterbang Malaysia Ditahan Di Jakarta
|
Seorang juruterbang warga Malaysia ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas…
Tiga Maut Myvi Bertembung Treler di Gua Musang
|
Tiga individu termasuk seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala seorang…
Dua Rumah Musnah dalam Kebakaran di Rantau Panjang
|
Seorang penduduk ternampak sebuah motosikal terbakar sebelum api merebak…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!