Doktor Didakwa Bunuh Isteri Dan Anak Lima Tahun Di Johor Bahru, Cuba Hapus Bukti

Seorang doktor klinik swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Johor Bahru atas pertuduhan membunuh isteri serta anak lelakinya dalam satu kejadian bulan lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Dr Chia Tong Hong, 34, selepas dua pertuduhan dibacakan masing-masing di hadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab dan A Shaarmini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat membunuh isterinya, Phun Lai Ling, 37, serta anak lelakinya, Aaden Chia Yee Heng, 5, sehingga menyebabkan kematian di sebuah rumah di Jalan Perjiranan 11/12, Bandar Dato’ Onn, antara jam 9.50 malam hingga 10.34 malam, pada 30 Disember 2025.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara sehingga 40 tahun serta sebatan maksimum 12 kali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, bagi satu lagi pertuduhan menghalang tugas polis dengan sengaja, tertuduh mengaku tidak bersalah di hadapan Atifah Hazimah.

Pertuduhan itu melibatkan dakwaan mengubah kedudukan mayat anaknya semasa siasatan dijalankan, kira-kira jam 8.10 pagi, 31 Disember 2025, mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Tertuduh turut mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nabilah Nizam atas satu lagi pertuduhan melupuskan kuku palsu isterinya dengan niat mengelak hukuman undang-undang, mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Sarah Siti Aisyah Mustapha Kamal, Nur Fatihah Mohd Nizam dan Siti Aishah Latif, manakala tertuduh diwakili peguam Bernard George.



Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan memandangkan kes melibatkan Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 17 Mac depan sementara menunggu laporan bedah siasat, DNA, kimia, forensik dan toksikologi.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Mufti Kelantan Sifatkan Sambutan Hari Jadi Bertema Bunian Sebagai Kufur Nikmat
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan sambutan hari…
13 Warga Myanmar Ditahan Di Jeli, Bayar RM3,500 Kepada Ejen Untuk Masuk Malaysia
|
Seramai 13 warga Myanmar termasuk dua kanak-kanak lelaki ditahan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!