Pelajar Tingkatan Empat Selamat Selepas Kereta Jatuh Sungai Di Bachok

Perjalanan pulang dari kelas tambahan bertukar menjadi detik cemas buat seorang pelajar tingkatan empat apabila kereta yang dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam kawasan pintu air Sungai Pengkalan Petah di Tawang, Bachok, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.20 petang itu, remaja berusia 16 tahun tersebut mengalami kecederaan pada bahagian siku selepas bertindak memecahkan cermin kiri kereta jenis Perodua Myvi bagi menyelamatkan diri.

Difahamkan, mangsa tidak memiliki lesen memandu kereta.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Nor Azini Che Wil berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3.21 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Ketika tiba di lokasi, anggota bomba mendapati orang awam sedang membantu menyelamatkan mangsa dengan menggunakan tali dan tangga.

Menurut beliau, kereta yang dipandu mangsa, yang juga pelajar di sebuah sekolah menengah agama di Kota Bharu, telah tenggelam kira-kira 15 meter ke dasar sungai.

“Siasatan awal mendapati, mangsa memandu kereta milik bapanya untuk pulang ke rumah di Kampung Sungai di sini selepas menghadiri kelas tambahan di sekolahnya.

“Orang awam melihat kereta tersebut terbabas sebelum terjunam ke dalam kawasan pintu air Sungai Pengkalan Petah. Penduduk kampung memaklumkan kunci air di sungai itu sudah ditutup sebelum menyelamatkan remaja itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian selepas mengalami kecederaan pada bahagian siku akibat memecahkan cermin kereta untuk keluar menyelamatkan diri.

Sumber: Kosmo

TERKINI

Kenapa Pemain Sepanyol Diam Ketika Lagu Kebangsaan Dimainkan Di Piala Dunia?
|
Ramai Sangka Pemain Sepanyol Tak Hormat Lagu Kebangsaan, Rupanya…
Sepanyol Juara Piala Dunia 2026 Selepas Tewaskan Argentina 1-0
|
Argentina sudah melakukan hampir segala-galanya untuk terus bertahan.Walaupun Sepanyol…
350kg Durian Thailand Tanpa Dokumen Dirampas PGA di Rantau Panjang
|
Hasrat untuk menghantar ratusan kilogram durian dipercayai dari Thailand…
Dua Tahun Dinoda, Wanita Potong Kemaluan Bapa Mentua
|
Seorang wanita di daerah Muzaffarnagar, Uttar Pradesh, India didakwa…
Walaupun Kos Naik, Peniaga Di Machang Tetap Kekalkan Harga Mee Celup RM1
|
Ketika kebanyakan peniaga makanan terpaksa menaikkan harga susulan peningkatan…
KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!