Merhrom Rayu Malaysia Henti Penghantaran Pulang 5,000 Rohingya ke Myanmar

Ketika kerajaan Malaysia mengumumkan Myanmar bersetuju menerima semula 5,000 pelarian Rohingya, Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) tampil merayu kerajaan Malaysia supaya menghentikan rancangan tersebut.

Menurut laporan Sinar Harian, Presiden Merhrom, Zafar Ahmad Abdul Ghani mendakwa nyawa pelarian berkenaan akan terancam sekiranya mereka dikembalikan ke Myanmar ketika konflik dan kekejaman masih berlaku.

Rohingya tidak mempunyai kewarganegaraan. Bagi Merhrom, keadaan itu menjadikan jaminan keselamatan terhadap mereka semakin sukar dipastikan.

“Merhrom merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail agar menghentikan pengusiran 5,000 orang Rohingya ke Myanmar memandangkan nyawa mereka akan terancam. Rohingya tidak mempunyai kewarganegaraan.

“Bagaimana ASEAN dan komuniti antarabangsa boleh menjamin keselamatan kami di Myanmar? Tindakan ini jelas melanggar prinsip undang-undang antarabangsa yang melarang pemulangan seseorang ke tempat di mana nyawa mereka terancam,” katanya.

Merhrom berpandangan penghantaran pulang itu bercanggah dengan prinsip ‘non-refoulement’, yang melarang seseorang dikembalikan ke tempat yang boleh mengancam nyawa atau keselamatannya.

Pada Rabu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata persetujuan Myanmar menerima 5,000 pelarian itu diperoleh melalui rundingan diplomatik dan hubungan baik antara kedua-dua negara.

Langkah tersebut dilihat sebagai permulaan untuk menangani isu pelarian Rohingya, selain memastikan ketenteraman awam di Malaysia terus dipelihara.

Namun, Merhrom tidak yakin kerajaan Myanmar mampu melindungi mereka.

“Rohingya yang dihantar pulang berisiko dipaksa menyertai tentera Myanmar tanpa latihan serta dijadikan perisai manusia dalam konflik tentera negara itu dengan kumpulan etnik lain,” dakwa Zafar Ahmad.

Merhrom mendakwa serangan oleh tentera Myanmar dan Tentera Arakan sejak Mei 2024 menyebabkan pembunuhan besar-besaran di Buthidaung dan Maungdaw, Rakhine.

“Serangan menggunakan dron dan bedilan artileri turut menyasarkan orang awam Rohingya termasuk kanak-kanak, wanita serta warga emas sehingga menyebabkan ribuan terbunuh dan ramai lagi cedera,” dakwanya.

Pertubuhan itu mahu kerajaan Malaysia berbincang dengan UNHCR dan wakil Rohingya sebelum membuat sebarang keputusan.

Selain menghentikan penghantaran pulang, Merhrom turut mencadangkan kerjasama dengan UNHCR dan negara penempatan semula diperluas bagi memberi peluang kepada mangsa genosid Rohingya memulakan kehidupan di negara ketiga.

Merhrom juga mahu pelarian dalam tahanan diberikan perhatian kerana mereka didakwa berhadapan trauma dan masalah psikologi yang tidak dirawat.

“Sebagai mangsa yang terselamat daripada genosid, Rohingya mengalami trauma dan masalah psikologi yang kebanyakannya tidak mendapat rawatan,” kata Zafar Ahmad.

Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Polis Siasat Video Tular Jual Air Ketum Ketika RXZ Members
|
Polis membuka siasatan berhubung dakwaan penjualan air ketum secara…
Jumlah Penduduk Kelantan Bagi Tahun 2026
|
Jumlah penduduk Kelantan dianggarkan meningkat kepada 1,925,300 orang pada…
Dari Penjual Tepi Jalan, Dolly Kini Dibayar Puluhan Ribu Untuk Hidang Teh
|
Di tepi sebatang jalan di Nagpur, India, seorang pemuda…
Dah Jadi ‘Pilot’ Pun Masih Mahu Edar Dadah, Juruterbang Malaysia Ditahan Di Jakarta
|
Seorang juruterbang warga Malaysia ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas…
Tiga Maut Myvi Bertembung Treler di Gua Musang
|
Tiga individu termasuk seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala seorang…
Dua Rumah Musnah dalam Kebakaran di Rantau Panjang
|
Seorang penduduk ternampak sebuah motosikal terbakar sebelum api merebak…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!