Tiada Penglibatan Komuniti Rohingya Dalam Jenayah Berat Di Kelantan

Polis Kelantan mengesahkan setakat ini tiada penglibatan komuniti Rohingya dalam jenayah berat di negeri itu, namun semua aktiviti mereka terus dipantau secara berterusan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, berdasarkan rekod polis terdapat lebih 5,000 pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dalam kalangan masyarakat Rohingya di Kelantan.

Menurutnya, jumlah keseluruhan komuniti Rohingya termasuk mereka yang tidak mempunyai dokumen serta yang berada dalam tahanan dianggarkan melebihi 8,000 orang.

"Semua aktiviti mereka dipantau oleh polis. Setakat ini, kami tidak mengesan penglibatan mereka dalam jenayah berat."

Beliau berkata, kira-kira 500 kes jenayah direkodkan membabitkan komuniti berkenaan, namun kebanyakannya hanya melibatkan sesama mereka.

"Kes paling serius yang direkodkan ialah rogol, namun ia juga dilaporkan berlaku dalam kalangan komuniti berkenaan sendiri," katanya.

Pelantikan Pemimpin Tidak Diiktiraf

Mengulas dakwaan mengenai pelantikan pemimpin komuniti Rohingya di Kelantan, Mohd Yusoff berkata perkara itu bukan dilakukan atau diiktiraf oleh mana-mana pihak berkuasa di Malaysia.

"Itu hanya pelantikan dalam kalangan mereka sendiri sebagai komuniti minoriti. Mereka adalah pelarian warga asing dan tidak diiktiraf oleh pihak berkuasa, termasuk Jabatan Pendaftaran Pertubuhan," katanya.

Polis Dan PBT Akan Jalankan Operasi

Dalam perkembangan sama, beliau berkata polis akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menjalankan operasi sekiranya diperlukan, termasuk memastikan warga asing tidak menyalahgunakan lesen perniagaan milik penduduk tempatan.

Menurutnya, kawasan lorong berhampiran bekas Stesen Bas Kota Bharu dikenal pasti sering menjadi lokasi tumpuan komuniti Rohingya dan warga asing lain, khususnya pada hujung minggu sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk.

"Polis akan menjalankan pemeriksaan bagi mengenal pasti status individu yang berada di kawasan itu, sama ada warga asing yang sah atau sebaliknya.

"Kami akan berkolaborasi dengan jabatan lain dan PBT bagi menangani masalah itu. Jika ada yang didapati melakukan kesalahan, mereka akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada," katanya.

Sumber: Bernama

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!