JPJ Kelantan: Penduduk Tempatan Pinjam Motosikal Kepada Rohingya Kerana Simpati

Ramai hanya mahu membantu.

Ada yang meminjamkan motosikal supaya pekerja warga asing boleh pergi bekerja, membeli makanan atau pulang ke rumah. Ada juga yang menyewakan kenderaan untuk menambah pendapatan.

Namun menurut JPJ Kelantan, tindakan itu tetap melanggar undang-undang.

Rohingya Paling Ramai Dikesan

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, etnik Rohingya merupakan kumpulan warga asing paling ramai dikesan menggunakan kenderaan milik rakyat tempatan di negeri itu.

"Ada pemilik kenderaan mendakwa mereka hanya mahu membantu pekerja warga asing itu mendapatkan makanan, berulang-alik ke tempat kerja atau pulang ke rumah.

"Selain kesian sebab lain ialah sewaan."

Beliau berkata kebanyakan mereka menggunakan motosikal untuk bekerja, manakala sebahagian kecil menggunakan kereta sedan.

Pemilik Turut Berdepan Tindakan

JPJ menegaskan pemilik kenderaan yang membenarkan warga asing memandu kenderaan mereka boleh dipanggil memberi keterangan sebelum didakwa di mahkamah.

Sejak 2023, seramai 34 warga tempatan telah didakwa dengan jumlah denda mencecah RM34,000.

Walaupun ramai warga Rohingya memiliki kad UNHCR, Mohd Misuari menegaskan kad tersebut tidak memberi kebenaran kepada mereka untuk memandu kenderaan di Malaysia.

Sepanjang enam bulan pertama tahun ini sahaja, JPJ Kelantan telah mengambil tindakan terhadap 188 kenderaan, menyita 176 daripadanya serta mengeluarkan 749 notis saman.

Sumber: Sinar Harian

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!