Kerajaan Cadang LPT3 Secara Kerjasama Awam Swasta Berikutan Kekangan Kewangan

Cadangan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) menerusi kaedah kerjasama awam swasta (PPP) dibuat berikutan kekangan kewangan yang dihadapi Kerajaan Persekutuan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Ahmad Maslan berkata, selain faktor kewangan, pembinaan LPT3 juga dilihat sebagai satu lagi laluan alternatif kepada pengguna di Pantai Timur apabila beberapa projek infrastruktur utama siap sepenuhnya.

Menurutnya, pengguna bakal mempunyai lebih banyak pilihan perjalanan apabila Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) dan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) siap kelak.

“Pada ketika ini, laluan tersebut (Lebuh Raya Pantai Timur) hanya penuh ketika waktu puncak Hari Raya dan cuti.

“Tidak lama lagi ECRL akan siap, ia bakal menjadi antara alternatif kepada rakyat Pantai Timur untuk pergi ke Lembah Klang dan apabila nanti KBKK dan LTU siap, ia juga satu lagi alternatif. Jadi ini (LPT3) alternatif ketiga,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli, mengenai kriteria pelaksanaan LPT3 secara PPP serta garis masa projek tersebut.

Kos RM9.8 Bilion, Pembida Tanggung Kos Pembangunan

Ahmad berkata, LPT3 dicadangkan dilaksanakan menerusi proses Bidaan Bersaing (Request for Proposal), dengan kos pembangunan ditanggung sepenuhnya oleh pembida yang berjaya.

Katanya, kadar tol bagi lebuh raya itu masih belum dimuktamadkan kerana ia bergantung kepada beberapa faktor termasuk kos pembinaan, pembiayaan, operasi dan penyelenggaraan, unjuran trafik serta tempoh konsesi.

Menurut beliau, berdasarkan kajian pada tahun 2022, projek LPT3 dianggarkan menelan kos sebanyak RM9.8 bilion.

Lebuh raya sepanjang 122 kilometer itu akan menghubungkan Kampung Gemuruh di Kuala Terengganu hingga ke Tunjung, Kota Bharu.

Ia turut melibatkan pembinaan lima persimpangan bertingkat dan dua lorong dua hala.

Bagaimanapun, Ahmad berkata tempoh konsesi, sistem kutipan tol serta lokasi gantri tol masih belum dimuktamadkan.

Sumber: Bernama

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!