Hilang Kaki Bukan Penghalang, Dua Beradik Bangkit Selepas Kemalangan Ngeri

Apa yang berlaku pada 7 Februari 2024 mengubah kehidupan dua beradik, Nik Haznita Saffiya Nik Husmadi, 20, dan adiknya, Nik Haziera Saffiya, 18. Namun, kehilangan kaki kanan akibat kemalangan bukan alasan untuk mereka berputus asa.

Sebaliknya, kedua-duanya memilih untuk bangkit dengan membuka perniagaan Cendol Meleleh di tepi jalan Kampung Lebak, Temerloh bagi membantu meringankan beban keluarga.

Menurut Nik Haziera, bapanya, Nik Husmadi Ismail, 46, yang merupakan pesara tentera sebelum ini bergantung kepada hasil memancing dan menjual udang untuk menyara keluarga.

734218616_1570922485046075_7321656268674240492_n

Foto: Pahang Media


“Masa itu keadaan ekonomi keluarga tengah susah. Memang nak makan itu susahlah hari-hari. Abah sampai kena pergi mancing, jual udang, memang mengharapkan hasil abah jual udang masa itu.

“Dalam bulan empat, bulan lima macam itu, saya fikir dengan kakak, saya bincang dengan dia, kita sekarang dah sihat, ‘so’ adik rasa kita boleh meniaga. Jom kita pergi cari barang, kita buka (kedai cendol),” katanya.

Kemalangan Yang Mengubah Segalanya

Nik Haziera berkata, kemalangan berlaku ketika dia membonceng motosikal bersama kakaknya selepas membeli kek tapak kuda di Bera.

Dalam perjalanan pulang, sebuah kereta yang cuba memotong kenderaan di hadapannya melanggar motosikal mereka sebelum kedua-duanya tercampak ke laluan bertentangan.

“Masa itu saya bawa motor. Kami berdua daripada Bera, kita orang pergi beli kek tapak kuda. Masa itu ‘on the way’ nak balik rumah, saya nampak ada dua kereta dekat depan saya. Yang depan ini, dia masuk simpang. Yang belakang ini, dia berhenti.

“Jadi, bila saya nak potong itu, kereta yang belakang ini, dia nak potong kereta depan dia, terlanggar saya. Langgar saya, jatuh, arah bertentangan ada lori datang. Lori tak sempat elak,” katanya.

Nik Haznita kehilangan kaki sejurus selepas kemalangan, manakala kaki kanan Nik Haziera terpaksa dipotong setahun kemudian akibat kerosakan saraf.

Tidak Pernah Putus Asa

Walaupun berdepan ujian besar, Nik Haziera berkata mereka tidak pernah merasakan kehilangan kaki sebagai pengakhiran hidup.

“Kami berdua sebenarnya, tak pernah rasa ‘down’ yang macam mana kalau tak ada kaki macam itu, macam meroyan ke macam menangis yang macam itu, tak pernah lagi rasa, sebab kami rasa biasa sahaja. Walaupun kaki tak ada, kami rasa macam kami yang dulu. Cumanya jalan pakai tongkat.”

734171765_1201831512068808_4335233186785627181_n

Foto: Pahang Media


Beliau yang juga atlet pelapis lawan pedang kerusi roda negara turut berterima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Petronas dan Kerajaan Negeri Pahang atas bantuan yang diberikan.

“Terima kasih kepada pihak JKM. Pihak YB (Yang Berhormat). Terima kasih sebab bantu kami dulu. Sebabkan jasa anda semua, kami sekarang dah boleh buka kedai cendol. Kami sihat.

733936117_1570922398379417_252407747742193065_n

Foto: Pahang Media


“Harapan kami, azam kami nak buka kedai cendol. Kami nak naik kedai dekat sini. InsyaAllah nak buka meja. Itulah harapan kami suatu hari nanti. Nak kembangkan lagi. Sekarang dalam proses untuk kita naikkan kedai. InsyaAllah.”

Kini, Cendol Meleleh menawarkan dua pilihan saiz iaitu RM5 bagi cawan sederhana dan RM7 bagi cawan besar, selain menerima tempahan untuk majlis perkahwinan, akikah dan pelbagai acara.

Sumber: Pahang Media

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!