200 Kilogram Syabu Bernilai RM10.27 Juta Disyaki Cuba Diseludup Ke Malaysia Dirampas Di Pattani

Cubaan menyeludup sebanyak 200 kilogram syabu yang dianggarkan bernilai RM10.27 juta ke Malaysia berjaya digagalkan selepas pihak berkuasa Thailand menahan sebuah trak pikap di daerah Nong Chik, Pattani, semalam.

Kenderaan itu ditahan kira-kira jam 12 tengah hari selepas Pasukan Petugas Khas Wilayah Pattani menerima maklumat mengenai aktiviti penyeludupan dadah di kawasan berkenaan.

Jurucakap Biro Pencegahan Narkotik Polis Wilayah Pattani berkata, pemeriksaan ke atas trak pikap itu menemukan 11 kotak yang mengandungi 200 bungkusan syabu, dengan setiap satu seberat satu kilogram.

Menurut beliau, pemandu trak pikap berusia 28 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Pemandu kenderaan berusia 28 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Suspek mendedahkan bahawa kesemua dadah itu akan dihantar kepada satu kumpulan lain di Sungai Golok, Wilayah Narathiwat dekat sini,” katanya ketika dihubungi.

Menurut jurucakap itu lagi, dadah berkenaan dipercayai akan diseludup masuk ke Malaysia melalui laluan hutan di kawasan sempadan.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan rangkaian sindiket yang terlibat dalam kegiatan penyeludupan tersebut.

Sumber: Utusan

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!