Tak Bai Kini Jadi Laluan Utama Penyeludup Masuk Ke Kelantan

Polis Kelantan mengesan perubahan ketara modus operandi sindiket penyeludupan yang kini lebih banyak menggunakan laluan sungai dan pesisir pantai dari Tak Bai, Thailand untuk memasuki negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat berkata, trend tersebut dikesan terutama sepanjang tahun ini apabila kumpulan penyeludup mula mengurangkan penggunaan laluan darat dan beralih ke laluan air.

Menurut beliau, sindiket menggunakan sungai-sungai di kawasan Tumpat serta laluan melalui pulau-pulau sekitar termasuk Pulau Tok Kong sebelum memasuki Sungai Kelantan.

Guna Laluan Pantai Hingga Ke Terengganu

Katanya, sindiket turut menggunakan laluan pesisir pantai dari Tak Bai sebelum memasuki kawasan Kuala Besar, Semerak, Pengkalan Chepa dan Pantai Sabak.

Malah, ada kumpulan yang bergerak lebih jauh sehingga ke Besut, Terengganu.

"Pada tahun ini kita melihat perubahan modus operandi secara ketara. Sekarang kumpulan sindiket lebih menggunakan laluan laut dan pesisir pantai," katanya.

Rampasan Dadah Bukti Laluan Digunakan

Menurut Mohd Yusoff, penggunaan laluan berkenaan terbukti menerusi beberapa operasi polis yang berjaya merampas dadah dalam kuantiti besar di kawasan pantai.

"Kita pernah membuat tangkapan dadah di Pantai Sabak dan Semerak dengan rampasan melebihi 100 kilogram syabu yang dibawa menggunakan bot," katanya.

91 Pangkalan Haram Sudah Dirobohkan

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan sebanyak 91 pangkalan haram yang dibina di atas tanah kerajaan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand telah dirobohkan setakat ini.

Bagaimanapun, masih terdapat kira-kira empat hingga lima pangkalan haram yang berada di atas tanah persendirian dan tindakan lanjut sedang diambil oleh pihak berkuasa tempatan.

Menurutnya, semua pangkalan haram yang dikenal pasti berada di atas tanah kerajaan kini telah dihapuskan.

Kawalan Sempadan Diperkukuh

Kelantan mempunyai sempadan sepanjang kira-kira 163 kilometer dengan Thailand, termasuk 91 kilometer melibatkan kawasan perairan Sungai Golok.

Kawasan pemantauan itu meliputi beberapa daerah utama seperti Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli.

Sebelum ini, larangan rentas sempadan secara haram melalui pangkalan atau jeti haram di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand, khususnya di kawasan Sungai Golok, telah berkuat kuasa sejak 1 Disember 2024.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!