Polis Kelantan Dedah Hampir Setiap Hari Etnik Rohingya Cuba Masuk Malaysia

Polis Kelantan mendedahkan etnik Rohingya dan warga Myanmar dikesan hampir setiap hari cuba menyeludup masuk ke negeri ini melalui Tak Bai, Thailand.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, perkara itu berdasarkan pemantauan berterusan yang dilakukan pihak polis di kawasan sempadan.

Menurut beliau, selepas penguatkuasaan lebih ketat dan penutupan pangkalan haram di Sungai Golok, sindiket kini dilihat mengubah taktik dengan menggunakan laluan laut dan kawasan perairan yang sukar dipantau.

Ubah Laluan Selepas Penutupan Pangkalan Haram

Mohd Yusoff berkata, kawasan perairan yang mempunyai banyak anak sungai di sekitar Pengkalan Kubor dikenal pasti antara laluan utama yang digunakan untuk membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Kawasan perairan yang mempunyai banyak anak sungai di sekitar Pengkalan Kubor dikenal pasti menjadi laluan kemasukan penyeludupan PATI ke negara ini.

“Boleh dikatakan hampir setiap hari mereka cuba masuk, majoritinya membabitkan warga Myanmar dan etnik Rohingya untuk memasuki negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini.


Malaysia Masih Jadi Destinasi Pilihan

Menurut beliau, Malaysia terus menjadi destinasi pilihan golongan berkenaan atas beberapa faktor termasuk kehadiran ahli keluarga dan saudara-mara yang sudah lama menetap di negara ini.

Selain itu, faktor keselamatan, peluang pekerjaan serta persamaan agama turut menjadi antara sebab utama mereka memilih Malaysia sebagai destinasi.

Mohd Yusoff berkata, pihak polis akan terus memperkukuhkan pemantauan dan kawalan di kawasan sempadan bagi mengekang kemasukan migran secara haram ke negeri ini.

“Kita sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi mengekang kemasukan migran ke negeri ini,” katanya.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Polis Siasat Video Tular Jual Air Ketum Ketika RXZ Members
|
Polis membuka siasatan berhubung dakwaan penjualan air ketum secara…
Jumlah Penduduk Kelantan Bagi Tahun 2026
|
Jumlah penduduk Kelantan dianggarkan meningkat kepada 1,925,300 orang pada…
Dari Penjual Tepi Jalan, Dolly Kini Dibayar Puluhan Ribu Untuk Hidang Teh
|
Di tepi sebatang jalan di Nagpur, India, seorang pemuda…
Dah Jadi ‘Pilot’ Pun Masih Mahu Edar Dadah, Juruterbang Malaysia Ditahan Di Jakarta
|
Seorang juruterbang warga Malaysia ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas…
Tiga Maut Myvi Bertembung Treler di Gua Musang
|
Tiga individu termasuk seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala seorang…
Dua Rumah Musnah dalam Kebakaran di Rantau Panjang
|
Seorang penduduk ternampak sebuah motosikal terbakar sebelum api merebak…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!