Premis Dijadikan Sekolah Rohingya Di Kuala Terengganu Cetus Kebimbangan Penduduk

Kewujudan sebuah sekolah khas untuk kanak-kanak etnik Rohingya di Kampung Ladang Titian, Kuala Terengganu sejak Februari lalu menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk setempat.

Tinjauan mendapati premis yang disewa daripada penduduk kampung itu digunakan sebagai pusat pembelajaran untuk kanak-kanak etnik Rohingya berusia antara empat hingga 15 tahun.

Bangunan tersebut dibina menggunakan papan lapis sebagai dinding dan dilengkapi bekalan elektrik serta air bersih. Premis itu dipercayai mampu menempatkan antara 30 hingga 50 pelajar pada satu-satu masa.

Seorang penduduk, Wan Mohamad Hafizul Wan Ismail, 53, mendakwa sebahagian daripada etnik Rohingya yang hadir ke sekolah berkenaan bersikap tidak menghormati masyarakat setempat.

Menurutnya, kebanyakan kanak-kanak itu dipercayai bukan menetap di Kampung Ladang Titian, sebaliknya datang dari kawasan lain termasuk Seberang Takir dan beberapa daerah berhampiran.

"Sesi pembelajaran bermula pada jam 8 pagi hingga 4.30 petang dan mereka dihantar menggunakan kereta serta van yang disewa khas daripada penduduk tempatan.

"Sebelum berpindah ke sini, sekolah ini beroperasi di sebuah rumah pangsa di Taman Sri Kolam," katanya ketika ditemui.

Beliau turut mendakwa kanak-kanak yang hadir ke sekolah berkenaan sering membuang sampah dan sisa makanan merata-rata walaupun telah ditegur oleh penduduk.

Seorang lagi penduduk, Suzaimi Zahari, 42, berkata dua lelaki etnik Rohingya dipercayai bertindak sebagai tenaga pengajar di sekolah tersebut.

Menurutnya, bangunan yang digunakan sebagai bilik darjah itu asalnya merupakan sebuah kedai runcit milik penduduk tempatan.

"Mereka pernah bergaduh apabila ditegur kerana membuat bising dan tidak menjaga kebersihan kawasan sekitar," dakwanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa pegawai penguat kuasa termasuk dari Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pernah melakukan pemeriksaan di lokasi tersebut, namun individu yang terlibat memiliki kad pelarian.

Menurut Suzaimi, sekolah berkenaan dipercayai menghentikan operasi sejak Selasa lalu selepas isu itu tular di media sosial dan mendapat perhatian pihak berkuasa.

Sementara itu, tinjauan bersama pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mendapati bangunan yang digunakan sebagai bilik darjah merupakan struktur tambahan yang dibina oleh pemilik kediaman untuk dijadikan kedai runcit.

Pemeriksaan turut menemukan meja, kerusi, papan hitam serta pelbagai peralatan pembelajaran di dalam premis tersebut.


Sumber: Buletin TV3

SHARE:

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!