Bekas Jiran Di Malaysia Dedah Kisah Sebenar Aktivis Rohingya, Noor Azizah

Isu melibatkan kisah hidup seorang aktivis Rohingya kembali menjadi perhatian selepas beberapa individu mendakwa pernah mengenali keluarganya ketika menetap di Sabah, tampil mempertikaikan naratif yang dikongsikan di media sosial.

Noor Azizah sebelum ini pernah berkongsi pengalaman hidupnya di Sabah, termasuk dakwaan mengenai kesusahan membesar tanpa dokumen serta pernah mencari makanan di kawasan pembuangan sampah ketika kecil.

Namun, dakwaan itu kini dipersoalkan selepas beberapa individu di media sosial mendakwa mempunyai pengalaman berbeza ketika mengenali keluarga berkenaan di Sandakan, Sabah.

Bekas Jiran Dakwa Hidup Tidak Seperti Diceritakan

Seorang wanita yang dikenali sebagai Sis Ju mendakwa mereka membesar bersama di sebuah rumah flat di Sandakan dan menyifatkan kehidupan keluarga Noor Azizah ketika itu tidak seperti digambarkan.

“Kami sama-sama membesar di flat Sandakan dulu. Dia membesar dalam rumah flat, tidak seperti yang dia cerita menjadi gelandangan,” dakwanya menerusi hantaran media sosial.

Beliau turut mendakwa keluarga berkenaan pernah berhijrah ke Australia selepas tidak memperoleh kerakyatan di Sabah.

Seorang lagi individu, RD Syah pula mendakwa kehidupan keluarga itu ketika di Sabah adalah normal dan tidak seperti yang digambarkan sebelum ini.

“Okey sahaja hidup mereka. Tak silap mereka berniaga dan bapanya bekerja di Australia ketika itu,” katanya.

Tular Di Media Sosial Cetus Perdebatan

Perkongsian mengenai dakwaan berbeza itu turut tular di platform media sosial selepas tangkap layar komen-komen berkenaan dimuat naik oleh pengguna lain.

Perkara itu sekali gus mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen yang mempertikaikan kenyataan yang pernah dibuat oleh aktivis berkenaan di pentas antarabangsa sebelum ini.

Sebelum ini, Noor Azizah pernah menyuarakan isu berkaitan layanan terhadap komuniti Rohingya di Malaysia, termasuk dakwaan mengenai penahanan kanak-kanak di pusat imigresen.

Bagaimanapun, kenyataan itu turut menerima reaksi pelbagai pihak yang menafikan dakwaan berkenaan.

SHARE:

TERKINI

Walaupun Kos Naik, Peniaga Di Machang Tetap Kekalkan Harga Mee Celup RM1
|
Ketika kebanyakan peniaga makanan terpaksa menaikkan harga susulan peningkatan…
KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!