Dapat Mertua T20 Dari Kelantan, Wanita Kongsi Kisah Sebelum Dan Selepas Kahwin

Bukan semua kisah mertua dan menantu dipenuhi konflik. Seorang wanita mencuri perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman indah memiliki mertua yang disifatkannya sebagai "mertua dari syurga" menerusi satu bebenang di Threads.

Wanita menggunakan nama akaun ciktulipp itu mendedahkan dirinya berasal daripada keluarga susah sebelum berkahwin dengan suami yang datang daripada keluarga berada dari Kelantan.

Menurutnya, sebelum hubungan mereka menjadi serius, suaminya terlebih dahulu memperkenalkan dirinya kepada keluarga dan menjelaskan latar belakang kehidupannya yang sederhana.

Katanya, keluarga suaminya langsung tidak memandang status atau harta seseorang ketika memilih pasangan hidup untuk anak mereka.

ciktulipp 1


Dilayan Seperti Anak Sendiri

Wanita itu berkongsi pelbagai pengalaman yang menyentuh hati sepanjang mengenali keluarga mentuanya.

Antaranya, keluarga mentua membeli kain raya yang sama untuk dirinya walaupun ketika itu mereka masih belum berkahwin, selain mengambil berat soal cincin pertunangan dan perkahwinan.

Malah, ibu mentuanya juga sering mengingatkan suaminya supaya meletakkan isteri sebagai keutamaan selepas berkahwin.

Menurutnya, sepanjang tiga tahun mendirikan rumah tangga, keluarga mentua tidak pernah memaksa atau mengarahkannya melakukan kerja rumah setiap kali pulang ke Kelantan.

Sebaliknya, segala keperluan telah disediakan dan dia hanya membantu mengemas atau mencuci pinggan mengikut kemampuan.

ciktulipp 2


Banyak Membantu Selepas Berkahwin

Wanita itu turut mendedahkan keluarga mentuanya banyak membantu ketika dia dan suami memulakan kehidupan selepas berkahwin.

Antara bantuan diberikan termasuk peralatan rumah seperti ketuhar gelombang mikro, cerek elektrik dan air fryer selain sentiasa bertanya jika terdapat keperluan lain.

Ketika berpantang selepas melahirkan anak pula, ibu mentuanya turut membeli pelbagai makanan serta mengambil berat soal kesihatan dan pemakanan dirinya.

Menurut wanita itu, ibu mentuanya juga tidak pernah meletakkan harapan tinggi supaya menantu perlu pandai memasak atau melakukan semua kerja rumah.

ciktulipp 3


Bersyukur Dipertemukan Dengan Keluarga Yang Baik

Katanya, membesar dalam suasana keluarga yang agak toksik menyebabkan dia menyangka semua keluarga mempunyai sikap yang sama.

Namun selepas menjadi sebahagian daripada keluarga suaminya, pandangannya berubah apabila melihat masih ramai keluarga yang mengutamakan kasih sayang, hormat-menghormati dan kebahagiaan anak-anak.

Di akhir perkongsian, wanita itu mendoakan agar kedua-dua mentuanya diberikan kesihatan dan umur yang panjang serta berharap suatu hari nanti dapat membalas segala kebaikan yang dicurahkan kepada mereka sekeluarga.

ciktulipp 4



Sumber: Threads | @ciktulipp

SHARE:

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!