Mufti Kelantan Sifatkan Sambutan Hari Jadi Bertema Bunian Sebagai Kufur Nikmat

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan sambutan hari jadi bertemakan bunian dan menampilkan pakaian menyerupai hantu yang tular di media sosial baru-baru ini sebagai satu bentuk kufur nikmat.

BERKAITAN:Tular Tema Bunian Sambutan Hari Jadi Founder Di Kelantan Cetus Perdebatan


Menurut beliau, setiap kelahiran anak merupakan kurniaan ALLAH SWT yang sepatutnya disyukuri mengikut tuntutan agama Islam, bukannya diraikan dengan perkara yang bercanggah dengan syariat.

Nikmat Perlu Diletakkan Pada Tempatnya

Mohamad Shukri berkata, konsep mensyukuri nikmat ialah meletakkan segala nikmat yang dikurniakan ALLAH pada tempat yang betul dan bertepatan dengan ajaran agama.

"Kita kena balik kepada asal, iaitu siapa yang menjadikan kita. Tentulah kita ini dijadikan oleh ALLAH SWT. Kita ini kepunyaan ALLAH dan kepada-NYA kita kembali.

"Jadi bila lahir sahaja anak, ini adalah kurniaan ALLAH yang perlu disyukuri. Mensyukuri nikmat ALLAH ialah meletakkan sesuatu nikmat itu kena pada tempatnya," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai sebuah majlis sambutan hari lahir yang didakwa bertemakan bunian sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Raikan Dengan Cara Yang Dibenarkan Agama

Menurut beliau, jika seseorang ingin meraikan kelahiran atau hari jadi anak, ia seharusnya dilakukan melalui cara yang dibenarkan agama seperti mengadakan majlis kesyukuran, solat hajat, jamuan makan atau amalan yang selaras dengan syariat Islam.

"Kalau kita nak mensyukuri kerana dapat anak, buatlah dengan tepat. Kita ada tahlil, cukur rambut dan sambutan secara Islamik.

"Jangan pula kita dapat kurniaan ALLAH tetapi kita lakukan perkara-perkara yang tidak disukai agama. Maka itu dipanggil kufur nikmat," katanya.

Tema Tidak Dilarang, Asalkan Tidak Bercanggah Dengan Agama

Mohamad Shukri menjelaskan Islam tidak melarang penggunaan tema tertentu dalam sesuatu majlis selagi tidak bertentangan dengan kehendak agama.

Namun, beliau menegaskan tema yang mengandungi unsur pengagungan terhadap hantu atau perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam tidak wajar dijadikan sebahagian daripada sambutan.

BERKAITAN:Tular Tema Bunian Sambutan Hari Jadi Founder Di Kelantan Cetus Perdebatan


Terdahulu, tular di media sosial satu majlis hari jadi anak seorang usahawan di Kelantan yang dikatakan bertemakan bunian dengan sebahagian tetamu mengenakan pakaian menyerupai pocong, bunian dan watak-watak mistik lain sehingga mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan warganet.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Ketua Jurulatih Senegal Tegas Utamakan Kewajipan Solat
|
Ketika ramai pasukan memberi tumpuan sepenuhnya kepada persiapan menghadapi…
Rupanya Ini Sebab Bendera Arab Saudi Tidak Pernah Diletakkan Di Atas Padang Piala Dunia
|
Setiap kali aksi Piala Dunia 2026 berlangsung, perhatian peminat…
Istilah Rohingya Hanya Muncul Sekitar 1950an, Dari Mana Datangnya Etnik Ini Sebenarnya?
|
Istilah “Rohingya” hari ini dikenali di seluruh dunia sebagai…
Penerbangan Sulung Kota Bharu-Jakarta Cipta Sejarah Baharu Buat Kelantan
|
Sejarah baharu tercipta apabila penerbangan sulung AirAsia bagi laluan…
‘Punggung Isteri Menggerutu’ Antara 23 Alasan Pelik Penceraian Pasangan Muda
|
Punca perceraian dalam kalangan pasangan yang masih “setahun jagung”…
PGA Gagalkan Cubaan Seludup Minyak Masak Dan Gula Ke Thailand Di Rantau Panjang
|
Kegiatan warga Thailand yang membeli minyak masak dan gula…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!