Penerbangan Sulung Kota Bharu-Jakarta Cipta Sejarah Baharu Buat Kelantan

Sejarah baharu tercipta apabila penerbangan sulung AirAsia bagi laluan terus Kota Bharu-Jakarta berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa hari ini.

Penerbangan AK2353 yang berlepas pada jam 10 pagi membawa seramai 185 penumpang, sekali gus menjadi detik penting dalam usaha memperkukuh hubungan antara Kelantan dan Indonesia.

Pembukaan laluan antarabangsa itu dilihat mampu memudahkan urusan perjalanan rakyat kedua-dua negara selain membuka peluang lebih luas dalam sektor pelancongan, perdagangan dan ekonomi.

kelantan daily penerbangan sulung kota bharu jakarta

Foto: Tourism Kelantan


Pada hari sama, penerbangan pertama bagi laluan Jakarta-Kota Bharu, AK2354, turut selamat tiba di LTSIP pada jam 3.20 petang dengan membawa seramai 117 penumpang.

Ketibaan pesawat tersebut disambut meriah oleh pelbagai pihak termasuk pemimpin kerajaan negeri, agensi pelancongan serta pemain industri berkaitan.

Antara yang hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan, YB Zameri Mat Nawang; Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Dato' Mohd Izani Ghani serta Director Global & Government Affairs AirAsia, Zamani Rafique.

ketibaan pertama dari Jakarta ke Kota Bharu

Foto: Tourism Kelantan


Turut hadir Pengarah Bahagian Promosi Antarabangsa Asia Tenggara Tourism Malaysia, Baizuri Baharum, Pengurus LTSIP Kota Bharu, Suhaimi Abdul Sani, Pengarah Tourism Kelantan, ketua-ketua jabatan dan pemain industri pelancongan negeri.

Kehadiran mereka mencerminkan komitmen berterusan pelbagai pihak dalam memperkukuh kedudukan Kelantan sebagai destinasi pelancongan yang semakin mendapat perhatian di peringkat serantau.

Laluan terus Kota Bharu-Jakarta itu dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri melalui peningkatan jumlah pelancong, aktiviti perdagangan serta peluang pelaburan baharu.

Selain itu, hubungan lebih erat antara Kelantan dan Indonesia juga dijangka dapat merancakkan pertukaran budaya, memperluaskan jaringan perniagaan serta membuka lebih banyak peluang kerjasama pada masa hadapan.

Sumber: Tourism Kelantan

SHARE:

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!