Kelantan Sasar Kemasukan 12 Juta Pelancong Sepanjang Tahun Melawat Malaysia 2026

Negeri Kelantan menyasarkan kemasukan seramai 12 juta pelancong sepanjang tahun ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026), merangkumi pelancong domestik dan antarabangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Kamaruddin Md Noor, berkata sasaran itu disokong menerusi penganjuran 52 program pelancongan yang dirancang sepanjang tahun dengan kerjasama pelbagai pihak.

Menurut beliau, sebelum ini kira-kira 90 peratus pelancong ke Kelantan adalah pelancong dalam negara, manakala hanya 10 peratus dari luar negara. Namun bagi TMM 2026, negeri itu mensasarkan peningkatan ketara pelancong antarabangsa.

“Sebelum ini, kebanyakan pelancong luar negara hanya menjadikan Kelantan sebagai transit untuk ke Pulau Perhentian. Tetapi melalui pelbagai program yang dirancang, kita yakin mereka akan tertarik untuk bermalam dan menikmati tarikan di Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyambut ketibaan pelancong di pintu masuk sempena TMM 2026 di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, hari ini.

Mengulas lanjut, Datuk Kamaruddin berkata bermula Mac tahun ini, Kelantan sudah mempunyai perkhidmatan feri ke Pulau Perhentian di Terengganu, sekali gus memberi pilihan baharu kepada pelancong.

“Jika sebelum ini pelancong luar negara perlu ke jeti Besut, Terengganu untuk ke Pulau Perhentian, kini mereka boleh menggunakan laluan dari Kelantan.



“Pada masa sama, kita akan menjemput pemain industri pelancongan luar negara untuk datang ke Kelantan dan melawat lokasi menarik supaya mereka dapat memasukkan negeri ini dalam pakej pelancongan Malaysia,” katanya.



Sumber: Harian Metro

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!