Kelantan mungkin terkenal dengan warisan budaya dan masakan tradisionalnya, tapi untuk pengalaman hiburan moden, ramai terpaksa keluar negeri atau 'drive' jauh ke Terengganu.
Namun kini, di tengah-tengah Kota Bharu, satu hotel unik hadir untuk membawa pengalaman panggung wayang dan gaming terus ke pintu anda.
Manhiz Hotel, secara rasmi dibuka pada 1 Ogos 2025, menawarkan konsep boutique hotel dengan pengalaman hiburan premium lengkap dengan private cinema, Playstation 5 (PS5), dan jacuzzi bathtub, semuanya pada harga yang sangat berpatutan.
Pemiliknya, Ali, 27 tahun, anak muda Kelantan, berkongsi bahawa idea hotel ini lahir dari pengalaman sendiri dan sekadar keperluan peribadi.
“Tagline kami adalah ‘A World Beside Your Door’. Maksudnya, you don’t need to go far or spend thousands of ringgit untuk dapat luxury entertainment experience.
Visi kami adalah creating extraordinary entertainment experiences in Kelantan’s premier boutique hotel.
Kami percaya luxury hospitality bukan sekadar tentang bilik yang cantik atau fasiliti yang lengkap – it’s about creating unforgettable memories.” kata pemilik hotel tersebut.
Tambahnya lagi, konsep Manhiz Hotel berbeza daripada hotel-hotel biasa kerana setiap bilik direka untuk memberi pengalaman hiburan peribadi.
Apabila tetamu melangkah masuk, mereka bukan sekadar melihat TV besar, mereka seakan memasuki panggung wayang sendiri dengan sistem 4K projection, 360° surround sound, plush seating, dan bilik yang lengkap soundproofed untuk privasi penuh.
Bagi penggemar gaming, bilik PS5 yang lengkap dengan pelbagai permainan premium turut disediakan.
Manakala pasangan atau tetamu yang ingin berehat boleh menikmati jacuzzi bathtub dengan premium bath amenities.
“Whether you nak gaming marathon, movie date with cinema-quality sound, or just relax dalam bathtub, I built this for people like us yang nak quality tapi affordable,” kata Ali.
Harga bilik di Manhiz Hotel juga sangat menarik. Dengan serendah RM110 semalam, tetamu dapat menikmati gabungan fitur-fitur premium yang jarang ditemui di Kelantan – termasuk 4K Private Cinema Theatre, PS5 Gaming Suite, Luxury Jacuzzi Bathtubs, 360° Surround Sound, dan complete soundproofing.
Setiap bilik di hotel ini mempunyai identiti tersendiri. Bilik PS5 Gaming Suite membolehkan pengunjung layan sesi permainan dengan kawan-kawan sepuas-puasnya.
Private Cinema pula dilengkapi 4K projection, 360° surround sound, plush cinema-style seating, serta berjuta filem, siri dan dokumentari atas permintaan.
Manakala Bathtub Experience menawarkan pengalaman santai atau momen romantik dengan pasangan, sesuai untuk sambutan ulang tahun atau anniversary.
Ali juga berkongsi rancangan menarik untuk tahun hadapan, iaitu Bathtub Suite facing Kelantan skyline, membolehkan tetamu menikmati matahari terbit terus dari jacuzzi – pengalaman pertama di negeri ini.
“This one inspired sebab I jealous tengok Langkawi resort ada bathtub-with-view, tapi charge RM800-1000 semalam. I want to bring that experience to Kelantan, at affordable price,” tambah Ali.
Manhiz Hotel terletak di Kelantan Trade Center (KTC), 14 Seksyen, Kota Bharu, lokasi strategik di tengah bandar yang membolehkan tetamu berjalan kaki ke tarikan utama Kota Bharu serta restoran, kafe, dan pusat beli-belah.
Bagi pengunjung yang membawa kereta, hotel menyediakan tempat letak kereta khusus untuk bilik premium, manakala public parking KTC sangat luas dan selesa.
Hotel ini juga mengamalkan self check-in dengan sistem keyless entry untuk keselamatan dan privasi tetamu, serta menyediakan sokongan WhatsApp 24/7 di +60 17-399 4168 bagi sebarang pertanyaan atau bantuan.
Bagi mereka yang mencari pengalaman unik di Kota Bharu sama ada ingin layan filem sehingga lebam bersama keluarga, boys night dengan gaming marathon, atau bersantai dalam bathtub mewah, Manhiz Hotel menawarkan semua itu tanpa perlu keluar jauh atau membayar harga yang mahal.
Tempahan boleh dibuat terus melalui laman web hotel.manhiz.my
atau WhatsApp 017-399 4168.
Jangan lupa claim RM10 cashback untuk review 5 bintang!
