Macam masuk ke alam mimpi, tak sangka resort ‘aesthetic’ dalam hutan ini ada di Jeli, Kelantan

Siapa sangka, Kelantan ada syurga tersembunyi yang penuh kehijauan, glamping mewah, chalet kayu, dan restoran romantik di tepi sungai.

Lalang’s Resort & Spa di Ayer Lanas, Jeli membuktikan, tak perlu jauh ke luar negara untuk nikmati pengalaman resort aesthetic dalam hutan yang sebenar.

Lalang's Spa and Resort Hidden Gem Escape from town


Dibuka pada 18 April 2019 oleh Kamaruddin Bin Awang, resort ini menggabungkan keindahan alam semula jadi dengan kemudahan moden, sesuai untuk pasangan, keluarga, pencinta alam, dan penggemar glamping.

Suasana hijau yang tenang, udara segar, dan bunyi aliran sungai menjadikan pengalaman bercuti lebih santai dan menyegarkan.

"Kami mahu tetamu rasa seperti masuk ke dunia lain, jauh dari kesibukan bandar, hanya hijau, tenang, dan alam semula jadi yang memulihkan jiwa," kata pemilik resort tersebut.

aerial view lalang's resort and spa kelantan

Pandangan dari atas sebahagian kawasan Lalang's Resort & Spa



Penginapan Unik & Glamping Mewah

Resort ini menawarkan pelbagai jenis penginapan:

  • • Chalet kayu VIP & VVIP
  • • Arabian Tent Glamping berhawa dingin
  • • Tapak perkhemahan dan chalet kayu tradisional

Glamping in the middle of tropical forest


Setiap bilik direka menggunakan bahan semula jadi seperti kayu komposit dan daun nipah, memberi rasa natural, nyaman, dan tradisional.

Harga penginapan bermula dari RM 139 semasa promosi musim tengkujuh, menjadikannya pengalaman alam semula jadi yang mampu milik.

Resort in the middle of tropical jungle in Malaysia


"Lalang’s Resort & Spa bukan sekadar penginapan, ianya sebuah pengalaman. Dari glamping mewah hingga restoran tepi sungai, semua dirancang supaya tetamu rasa dekat dengan alam tetapi tetap selesa," tambah Kamaruddin.

Restoran Laila Majnu – Makan Tengah Hutan

Tidak lengkap pengalaman bercuti tanpa makan di tengah hutan. Restoran Laila Majnu menyajikan hidangan Thai & Chinese dengan suasana romantik tepi sungai, lengkap dengan pencahayaan lampu yang memukau.

Laila Majnu Restaurant in the middle of forest


Menu signature termasuk Ikan Siakap Stim Limau, Sotong Telur Masin, Udang Butter Kering, Tomyam Campur, dan Ayam Mangga pasti buat anda teruja!

Laila Majnu Restaurant di Jeli Kelantan

Bagi pengunjung yang tidak menginap juga boleh walk-in terus ke Restoran Laila Majnu

Aktiviti & Fasiliti Seronok untuk Semua

Tetamu boleh cuba pelbagai aktiviti menarik seperti:

  • • ATV on/off road, memanah, jungle trekking, jalan lasak
  • • Fish feeding, berkelah, berkhemah, dart, team building
  • • Trip santai ke Jeli & Dabong

Aktiviti di Lalang's Resort & Spa Bukit Kudung, Jeli, Kelantan

Antara aktiviti pengunjung yang datang ke Lalang’s Resort & Spa

Fasiliti lengkap termasuk kolam mandi, sungai, dewan, pondok, gazebo, port OOTD, surau, tandas awam, parking percuma dan keselamatan 24 jam.

Testimoni Tetamu – "Memang Syurga Tersembunyi"

Afieq Shazwan (penyanyi) berkongsi:
"Memang best, pertama kali berada dekat sini memang tenang. Kalau nak healing, datang sini memang puas hati sebab tiada pencemaran bunyi."

Youtuber Alieff Irfan pula kata:
"Sangat tenang, fasiliti terbaik, bilik cantik, Arabian Tent pun selesa, dan makanan dekat Laila Majnu Restaurant memang sedap. This is the best place untuk healing dan bercuti di Jeli, Kelantan."

Resort in tropical rainforest in Kelantan, Malaysia


Hidden gem staycation in the middle of tropical rainforest in Kelantan, Malaysia


Promosi Musim Tengkujuh

Promosi 30% diskaun sedang berlangsung sehingga 15 Disember 2025, jadi inilah masa terbaik untuk alami resort dalam hutan yang jarang ada di Malaysia!

  • 📍 Lokasi: Ayer Lanas, Jeli, Kelantan
  • 📞 Hubungi: 016-9649177
  • 🌐 Website: www.lalangs.com

Buat tempahan


KD : Kelantan memang banyak 'hidden gem', yang betul-betul explore negeri ini mesti tahu percutian di Kelantan sebenarnya bukan hanya berkisar tentang makanan tradisional atau keindahan pantai semata-mata

TERKINI

Polis Nafi Tak Ambil Tindakan Kes Lelaki Dipukul Ramai-Ramai Di Wakaf Bharu
|
Tular di media sosial dakwaan kononnya pihak polis tidak…
Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
Jawatan Kosong Kelantan