Lelaki Orang Asli Cedera Parah Ditimpa Pokok, Jalan Kaki 30 Minit Dalam Keadaan Berdarah

Seorang lelaki Orang Asli berdepan detik cemas apabila cedera parah di kepala selepas ditimpa pokok yang ditebang ketika membersihkan kawasan kebun di Kampung Piyel, Pos Bihai, Gua Musang, semalam.

Mangsa, Langnit Asang, 26, dikatakan sempat berjalan kaki kira-kira 30 minit dalam keadaan berlumuran darah sebelum tiba di rumah dan pengsan.

Sempat Pulang Sebelum Rebah

Abang saudara mangsa, Rantau Poat, 41, berkata, Langnit keluar bersendirian untuk membersihkan kawasan kebun sekitar jam 8 pagi.

Menurutnya, kira-kira jam 10.30 pagi, mangsa pulang ke rumah dalam keadaan berlumuran darah sebelum rebah tidak sedarkan diri.

"Kami terkejut melihat keadaan Langnit yang berlumuran darah dan pengsan.

"Sementara menunggu pertolongan sampai, dia sempat sedar dan memberitahu terkena batang pokok yang tumbang ketika menebang pokok tersebut," katanya ketika ditemui di Hospital Gua Musang.

Diterbangkan Ke Hospital Dengan Helikopter

Rantau berkata, bantuan kecemasan kemudian diatur sebelum mangsa dibawa ke hospital menggunakan helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

"Kira-kira jam 3 petang, Langnit dibawa ke hospital menggunakan helikopter untuk menerima rawatan lanjut," katanya.

Sementara itu, Timbalan Penguasa Bomba II Pangkalan Udara Wilayah Tengah (PUWT) Subang, Mohd Azuna Mohamed Sabri berkata, pesakit bersama seorang pengiring diterbangkan menggunakan pesawat Mi-17-IV.

Menurutnya, pesawat berlepas dari Subang pada jam 1.30 tengah hari sebelum mendarat di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang pada jam 2.36 petang bagi mengambil seorang doktor dan pembantu perubatan.

Pendarahan Teruk Di Kepala

Katanya, pesawat kemudian mendarat di Kampung Piyel sekitar jam 3 petang untuk membawa mangsa yang mengalami kecederaan serius di bahagian kepala.

"Mangsa dipercayai tidak sedarkan diri dan mengalami pendarahan yang banyak.

"Mangsa diperiksa terlebih dahulu sebelum diletakkan di atas pengusung dan dibawa masuk ke dalam pesawat oleh anggota PASKUB serta penduduk kampung," katanya.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Gua Musang untuk mendapatkan rawatan lanjut.



Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

[VIDEO] Pemilik Rumah Kesal, Penyewa Lari Tinggalkan Rumah Dalam Keadaan Rosak Dan Kotor
|
Seorang pemilik rumah di Taman Desa Kujid, Kota Bharu…
Sudah 10 Kali Ditangkap, Lelaki Mengaku Jadi Penyeludup Demi Sara Keluarga
|
"Kalau Tak Buat Kerja Ini, Apa Lagi Saya Boleh…
Lelaki Ditembak Ketika Hendak Masuk Kereta Selepas Beli Telur
|
Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas dipercayai ditembak…
PGA Rampas 14 Ekor Lembu Seludup Bernilai RM334,000 Di Tanah Merah
|
Cubaan menyeludup masuk 14 ekor lembu pedaging dipercayai dari…
Pasar Besar Machang Baharu Mula Beroperasi, Lebih Luas Dan Selesa
|
Penduduk Machang kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih…
Dituduh Curi Ayam, Lelaki Maut Dibelasah Di Depan Anak Perempuan
|
Hanya kerana dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki berusia…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!