Isu Jalan Rosak Gua Musang Berlarutan, Dr Izani Gesa Tindakan Segera

Isu jalan rosak di Gua Musang bukan perkara baharu, sebaliknya sudah berlarutan dalam tempoh yang panjang hingga menimbulkan kesulitan kepada pengguna jalan raya.

Perkara itu dibangkitkan oleh Dato’ Dr Izani Husin, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan menerusi kenyataan di media sosialnya.

Menurut beliau, pihak Kementerian Kerja Raya serta kontraktor yang terlibat perlu mengambil tindakan segera dan serius bagi menangani masalah berkenaan demi keselamatan serta keselesaan rakyat.

Beliau menjelaskan, kawasan jalan yang terjejas terletak di laluan sementara Temporary Road Diversion di bawah Projek Central Spine Road (CSR) Pakej 3, yang berada sepenuhnya di bawah seliaan Unit Projek Khas Jabatan Kerja Raya Malaysia.

“Oleh itu, bidang kuasa dan tanggungjawab berkaitan penyelenggaraan serta pembaikan jalan berkenaan adalah jelas di bawah pihak pelaksana projek di peringkat Persekutuan,” katanya.



Dalam masa sama, beliau menegaskan Kerajaan Negeri sentiasa memandang serius isu tersebut dan berharap tindakan segera dapat diambil bagi mengelakkan risiko kemalangan serta penderitaan berterusan kepada pengguna jalan raya.

TERKINI

Lebuh Raya KBKK Capai 71.4 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 2027
|
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini…
Murid SJKC Di Kota Bharu Cipta Kejutan Muncul Johan Tilawah Al-Quran
|
Ramai mungkin tidak menyangka seorang murid dari Sekolah Jenis…
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Pulai Berusia Lebih 200 Tahun Ketika Ribut
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang…
Thailand Rampas 750 Liter Petrol Malaysia Disyaki Baru Diseludup Di Sungai Golok
|
Pihak berkuasa Thailand terus memperketat kawalan di sempadan apabila…
MPKB-BRI Tolak Rayuan, Penganjur Disko Retro Kekal Kena Kompaun RM30,000
|
Penganjur majlis disko retro bertemakan hippie ala 60-an dan…
Lombong Haram Di Gua Musang Diserbu, Tujuh Jentera Bernilai RM4 Juta Disita
|
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyita tujuh jentera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!