Ibu 9 Anak Galas Tanggungjawab Selepas Suami Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Ujian hidup datang tanpa diduga. Sejak pemergian suami akibat serangan jantung pada Jun lalu, seorang ibu kini terpaksa menggalas tanggungjawab besar sebagai ketua keluarga demi membesarkan sembilan anak.

Pada usia 47 tahun, Siti Suhaiziah Ramli yang sebelum ini suri rumah sepenuh masa kini bergantung sepenuhnya kepada pendapatan anak sulung yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Anak-anaknya berusia antara dua hingga 20 tahun. Tujuh daripada mereka masih bersekolah, manakala dua lagi menyambung pengajian di Kota Bharu — masing-masing di Universiti Poly-Tech Malaysia dan Maahad Muhammadi (Perempuan).

Keluarga ini menerima bantuan RM1,000 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Beban mereka turut diringankan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

“Kami juga dapat sumbangan bakul makanan sempena Ramadan. Alhamdulillah, rezeki Allah beri melalui orang-orang baik, sudi hulur bantuan terutama pada Ramadan ini,” katanya ketika ditemui di RKT KESEDAR Sungai Terah.

Menurutnya, dengan anak yang ramai, juadah Ramadan sekadar ala kadar. Jika tiada lauk lain, nasi bersama telur dan ikan bilis menjadi hidangan sahur dan berbuka.

“Sejak kematian suami, saya ambil alih segala urusan keluarga, termasuk ambil dan hantar anak ke sekolah yang jaraknya lima kilometer. Syukur dengan bantuan diterima, sedikit sebanyak bantu saya dan anak-anak,” tambahnya.

Terdahulu, keluarga Siti Suhaiziah disantuni Majlis Orang-Orang Besar Diraja Kelantan (MOB), iaitu Datin Rapiah Mat Zin; bersama ADUN Galas, Datuk Mohd Syahbuddin Hashim; Ketua Jajahan Gua Musang, Mohd Roshdi Ismail.


Difahamkan, sudah lebih lima tahun mereka menetap di kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dibina di atas tanah milik arwah suami. Dengan lima anak perempuan dan empat lelaki yang semakin membesar, dia berharap ada pihak sudi membantu menambah dua bilik di rumah itu bagi keselesaan anak-anak.



Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

[VIDEO] “Hanya Di Kelantan” Masjid Tayang Tazkirah Pada Skrin Gergasi Raih Pujian
|
Tindakan Masjid An-Naim Sri Cemerlang di Kota Bharu menyiarkan…
Kalau Semua Pelakon Kelantan Ini Digabung Dalam Satu Filem, Confirm Meletup!
|
Kalau bercakap tentang pelakon berasal dari Kelantan, industri seni…
Kisah Bekas Bintang Filem Dewasa Dari Jepun Memeluk Islam Selepas Lawatan Ke Malaysia
|
Nama Kae Asakura atau lebih dikenali sebagai Rae Lil…
APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!