Ini Senarai 10 Nama Kampung Unik Di Kelantan

Kelantan sememangnya terkenal dengan budaya, dialek dan sejarah yang tersendiri. Namun, satu lagi perkara yang sering mencuri perhatian orang luar adalah nama kampungnya yang unik, pelik dan kadangkala mengundang senyuman apabila didengari buat kali pertama.

Ada nama kampung yang membuatkan orang menyangka ia sekadar gurauan, namun hakikatnya lokasi tersebut benar-benar wujud dan mempunyai sejarah tersendiri.

Berikut antara nama kampung unik yang boleh ditemui di negeri Kelantan.

Kampung Apa-Apa

Terletak di Jalan Bunut Susu, Pasir Mas, nama kampung ini sering mengelirukan orang ramai.

Apabila seseorang memberitahu dia berasal dari Kampung Apa-Apa, ramai yang menyangka dia sedang menjawab soalan dengan bertanya semula.

Menurut penduduk tempatan, kampung itu sudah wujud sejak ratusan tahun lalu dan dikatakan mendapat nama sempena sebatang pokok besar yang suatu ketika dahulu berada di kawasan sawah berhampiran kampung tersebut.

Kampung ini mempunyai sekitar 200 penduduk sahaja.

Kampung Batang Bergedik

Nama yang agak luar biasa ini terletak di Jalan Batu Hitam, Tanah Merah.

Walaupun tidak banyak maklumat mengenai asal usul namanya, Kampung Batang Bergedik sering menjadi perhatian kerana bunyinya yang unik dan sukar dilupakan.

Kampung Chat Rimau

Kampung ini terletak hanya beberapa kilometer dari Bandar Tanah Merah.

Namanya sering menjadi bahan jenaka kerana seolah-olah menggambarkan ada penduduk yang begitu berani sehingga mampu mengecat seekor harimau.

Walaupun begitu, nama tersebut sudah lama digunakan dan dikenali oleh masyarakat setempat.

Kampung Menjual

Terletak di Mukim Kubang Batang, Wakaf Bharu, Tumpat.

Ramai beranggapan kampung ini mendapat nama sedemikian kerana suatu ketika dahulu aktiviti jual beli mungkin menjadi antara kegiatan utama penduduk di kawasan berkenaan.

Kampung Air Gatal

Kampung Air Gatal terletak di Batu Gajah, Tanah Merah.

Namanya sering mencuri perhatian kerana bunyinya yang agak pelik dan mengundang pelbagai tafsiran daripada mereka yang pertama kali mendengarnya.

Kampung Buncit

Terletak di Jalan Paloh Rawa, Machang.

Nama kampung ini juga antara yang sering disebut apabila berbicara mengenai lokasi dengan nama unik di Kelantan.

Kampung Machang Gocoh

Walaupun menggunakan nama "Machang", kampung ini sebenarnya terletak di Jalan Meranti, Pasir Mas.

Ramai yang menyangka ia berada dalam jajahan Machang, namun hakikatnya tidak.

Kampung Slow Machang

Sama seperti Machang Gocoh, kampung ini juga bukan berada di jajahan Machang.

Sebaliknya, ia terletak tidak jauh dari pekan Pasir Mas dan menjadi antara nama kampung yang paling menarik perhatian pengguna media sosial.

Kampung Kedai Lalat

Terletak di Kota Jembal, Kota Bharu, kampung ini cukup terkenal dengan Pasar Kedai Lalat yang kini dikenali sebagai Pasar Kota Jembal.

Nama kampung ini sering membuatkan orang luar tertanya-tanya tentang asal usulnya.

Kampung Babong

Kampung ini terletak di kawasan Pulau Melaka, Kota Bharu dan tidak jauh dari Kampung Kedai Lalat.

Namanya yang ringkas tetapi unik menjadikannya antara lokasi yang sering disebut apabila membincangkan kampung-kampung pelik di Kelantan.

Banyak Lagi Nama Kampung Menarik

Selain kampung-kampung yang disebutkan, terdapat banyak lagi nama kampung yang unik di Kelantan seperti:

  • - Kampung Chicha Menyabong
  • - Kampung Sering
  • - Kampung Bunohan
  • - Kampung Chabang Empat Tok Mek Ngah
  • - Kampung Pek
  • - Kampung Beruk

Setiap nama mempunyai kisah dan sejarah tersendiri yang menjadi sebahagian daripada warisan serta identiti masyarakat setempat.

Mungkin bagi orang luar ia kedengaran lucu atau pelik, namun bagi penduduk Kelantan, nama-nama ini sudah sebati sejak turun-temurun dan menjadi kebanggaan komuniti masing-masing.

Ada lagi nama kampung unik di Kelantan yang tiada dalam senarai ini? Tinggalkan di ruangan komen!

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!