Hilang Hampir Dua Minggu, Pendaki Wanita Jaslinda Ditemui Selamat Di Pos Musoh

Misteri kehilangan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Batu Putih dekat Tapah sejak 24 Mei lalu akhirnya terjawab apabila mangsa ditemukan dalam keadaan selamat petang tadi.

BERKAITAN: “Akak Berpusing Tempat Sama, Keluar Tempat Sama" - Jaslinda Kongsi Detik Hilang


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, Jaslinda ditemui oleh seorang penduduk dikenali sebagai Nazri Bah Eng kira-kira jam 3 petang berhampiran Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh.

Ditemui Penduduk Kampung

Menurut beliau, selepas menemui mangsa, Nazri segera memaklumkan perkara itu kepada anak saudaranya yang berada di Johor sebelum laporan dibuat kepada pihak berkuasa.

"Selepas menjumpai mangsa, beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada anak saudaranya yang berada di Johor untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan.

Ditempatkan Di Rumah Tok Batin

Sayani berkata, Jaslinda kini berada dalam keadaan selamat dan ditempatkan sementara di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu sementara urusan lanjut dijalankan.

"Setakat ini, orang hilang berada di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu sementara tindakan lanjut sedang diuruskan pihak berkaitan," katanya.

Hilang Ketika Pendakian

Sebelum ini, Jaslinda menyertai kumpulan pendakian melibatkan 14 peserta bersama dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) yang memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada jam 2 pagi, 23 Mei lalu.

Ketika pendakian, Jaslinda dan seorang lagi peserta dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan berhenti mendaki.

Bagaimanapun, wanita yang bekerja sebagai eksekutif rantaian bekalan di sebuah syarikat swasta itu dipercayai meneruskan perjalanan ke puncak sebelum kali terakhir dilihat pada 24 Mei lalu.

Penemuan mangsa menamatkan kebimbangan keluarga serta usaha pencarian dan penyelamatan (SAR) yang dijalankan sejak kehilangannya dilaporkan.

BERKAITAN: “Akak Berpusing Tempat Sama, Keluar Tempat Sama" - Jaslinda Kongsi Detik Hilang


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!