Lebih 13,000 Etnik Rohingya Dikenal Pasti Berada Di Kelantan

Polis Kelantan mengesahkan terdapat dalam kalangan etnik Rohingya yang sudah lama menetap di negara ini bertindak sebagai tekong darat bagi membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, perkara itu disahkan berdasarkan beberapa tangkapan yang dilakukan pihak polis sebelum ini.

Menurut beliau, bagaimanapun jumlah sebenar individu yang terlibat sebagai tekong darat tidak didedahkan.

1,548 Tangkapan Direkodkan

Mohd Yusoff berkata, berdasarkan rekod sepanjang tahun lalu dan lima bulan pertama tahun ini, sebanyak 689 kes membabitkan etnik Rohingya direkodkan dengan 1,548 individu ditahan.

Katanya, sebanyak 277 kes dengan 723 tangkapan direkodkan sepanjang tahun lalu.

“Manakala bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini, jumlah itu meningkat kepada 412 kes dengan 825 tangkapan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.

Menurut beliau, kebanyakan tangkapan dilakukan di kawasan sempadan ketika individu terbabit cuba memasuki negara ini melalui Kelantan.

Libatkan Pelbagai Kesalahan

Beliau berkata, antara kesalahan yang dikesan membabitkan etnik Rohingya termasuk kesalahan imigresen, penyeludupan migran, jenayah harta benda dan jenayah kekerasan.

Katanya, pihak polis sentiasa mempertingkatkan pemantauan dan penguatkuasaan bagi membendung kegiatan tersebut daripada terus berleluasa.

Lebih 13,000 Rohingya Berada Di Kelantan

Dalam perkembangan sama, Mohd Yusoff memaklumkan lebih 13,000 etnik Rohingya dikenal pasti berada di Kelantan ketika ini.

Daripada jumlah tersebut, seramai 5,373 individu memiliki kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Beliau berkata, kesemua mereka berada dalam pemantauan pihak polis.

Tinggal Di Beberapa Daerah

Menurutnya, komuniti Rohingya itu dikesan menetap di beberapa daerah termasuk Tanah Merah, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Jeli dan Kuala Krai.

Kebanyakan mereka bekerja sebagai buruh ladang dan tukang rumah.

“Setakat ini kita tidak menerima aduan daripada penduduk berhubung keresahan kehadiran etnik berkenaan.

“Apa pun kita sentiasa pertingkat kawalan terhadap etnik berkenaan dari semasa ke semasa.

“Kita juga memantau premis-premis mereka seperti kelas mengaji dan madrasah,” katanya.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!