9 Tahun Menunggu, Wanita Akhirnya Bernikah Dengan Lelaki Dalam Penjara Tanah Merah

Seorang wanita akhirnya menamatkan penantian hampir sembilan tahun apabila berjaya bernikah dengan lelaki yang dicintainya di dalam penjara.

Perkahwinan itu melibatkan Cik Nurashikin Husni Thamrin, 38, dan Faredz Ashim, 39, yang melangsungkan akad nikah pada 15 Januari lalu di Sekolah Penjara Tanah Merah di Singapura

Majlis tersebut berlangsung dalam kawalan ketat pihak penjara, namun tetap berjalan dengan sempurna walaupun dalam suasana berbeza daripada perkahwinan biasa.

kahwin dalam penjara

Foto: Berita Harian SG


Difahamkan, pasangan ini sudah merancang untuk berkahwin pada tahun 2017, namun perancangan itu terbantut apabila Faredz ditahan semula atas kesalahan berkaitan dadah hanya dua minggu sebelum tarikh perkahwinan.

Sejak itu, hubungan mereka diuji dengan jarak dan masa yang panjang.

Bermula 2020, Nurashikin berulang kali memohon kebenaran daripada Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) untuk melangsungkan perkahwinan di penjara, namun permohonannya ditolak sebanyak enam kali sebelum akhirnya diluluskan.

Sepanjang tempoh itu juga, dia hanya dapat bertemu tunangnya sekitar dua kali sebulan.

Selepas akad nikah, pasangan itu hanya diberikan beberapa minit untuk meluangkan masa bersama sebelum dipisahkan semula.

kahwin dalam penjara tanah merah singapura

Foto: Berita Harian SG


Walaupun berdepan pelbagai cabaran, Nurashikin tetap setia menunggu lelaki yang dicintainya.

Sementara itu, Faredz dilaporkan aktif mengikuti program pemulihan serta melanjutkan pengajian dalam bidang Pengurusan Rantaian Bekalan di Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS).


Sumber: beritaharian.sg, Says

SHARE:

TERKINI

Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Tiga Lelaki Maut, Lori Ayam Rempuh Treler di Tanah Merah
|
Perjalanan tiga lelaki membawa bekalan ayam dari Perak ke…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!