Bunga emas, warisan Kesultanan Melayu Kelantan pertama kali dipamerkan kepada umum

KOTA BHARU – Pengunjung Festival Tekstil dan Warisan Melayu Kelantan yang sedang berlangsung di Istana Balai Besar di sini bermula hari ini hingga 14 Sept, berpeluang menyaksikan Bunga Emas Kelantan yang buat pertama kali dipamerkan kepada umum.


Pegawai Protokol Pejabat Sultan Kelantan Mohamed Safaruddin Ismail berkata artifak bernilai tinggi yang sarat nilai sejarah kesultanan Kelantan itu dijangka menarik perhatian ramai kerana sebelum ini tidak pernah didedahkan secara terbuka.


Beliau berkata dengan kemasukan secara percuma setiap hari dari 9 pagi hingga 10 malam itu, festival itu bukan sahaja bertujuan memperkenalkan keunikan warisan negeri malah menghidupkan semula nilai sejarah serta kebanggaan budaya yang semakin dilupakan khususnya oleh generasi muda.


“Pengunjung ke festival ini sangat bertuah kerana dapat menyaksikan sendiri Bunga Emas Kelantan yang asli, iaitu warisan kesultanan Kelantan. Ini merupakan kali pertama ia didedahkan secara umum untuk tatapan orang ramai.


“Selain Bunga Emas, festival ini turut menampilkan Perahu Diraja Kelantan iaitu Petala Indera Sri Kelantan yang dibina pada tahun 1899 dan pernah digunakan oleh Sultan Muhammad IV,” katanya kepada Bernama hari ini.


Mohamed Safaruddin yang juga penyelaras festival berkata pelbagai pameran dan demonstrasi ditampilkan antaranya koleksi tekstil tradisional seperti tenun, songket, kain pelangi dan kain telepuk yang digunakan pada zaman dahulu.


“Turut dipamerkan keris warisan Melayu Kelantan serta warisan Melayu dari seluruh nusantara, serta barangan tembaga dan demonstrasi menarik seperti membuat jebak puyuh, ukiran barang kemas pembuatan kain kelingkam dan telepuk,” katanya.


Menyasarkan kehadiran lebih 35,000 pengunjung dari dalam dan luar Kelantan, beliau berkata penganjuran festival itu merupakan kali kedua selepas tahun lalu ia memfokus kepada keris dan senjata warisan Kelantan.


Beliau berkata orang ramai diseru untuk hadir memberi sokongan bagi menjayakan festival berkenaan kerana ia memeri pengalaman baharu melihat barang warisan dengan lebih dekat.


"Selain itu, pengunjung juga berpeluang memasuki Istana Balai Besar yang biasanya kawasan larangan kecuali ketika acara seperti ini," katanya. –Bernama #KelantanDaily

TERKINI

Lebuh Raya KBKK Capai 71.4 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 2027
|
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini…
Murid SJKC Di Kota Bharu Cipta Kejutan Muncul Johan Tilawah Al-Quran
|
Ramai mungkin tidak menyangka seorang murid dari Sekolah Jenis…
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Pulai Berusia Lebih 200 Tahun Ketika Ribut
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang…
Thailand Rampas 750 Liter Petrol Malaysia Disyaki Baru Diseludup Di Sungai Golok
|
Pihak berkuasa Thailand terus memperketat kawalan di sempadan apabila…
MPKB-BRI Tolak Rayuan, Penganjur Disko Retro Kekal Kena Kompaun RM30,000
|
Penganjur majlis disko retro bertemakan hippie ala 60-an dan…
Lombong Haram Di Gua Musang Diserbu, Tujuh Jentera Bernilai RM4 Juta Disita
|
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyita tujuh jentera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!