“Hedonisme Melampau Bukan Budaya Malaysia” – Exco Kelantan Kritik Pesta Air Bukit Bintang

Isu penganjuran Pesta Air Bukit Bintang yang didakwa mencetuskan budaya hiburan melampau terus menjadi perhatian apabila Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan, YB Ustaz Mohd Asri Mat Daud tampil mengkritik program berkenaan.

Menurut beliau, budaya hedonisme melampau serta percampuran bebas bukanlah nilai masyarakat Malaysia walaupun ia cuba dijustifikasikan atas alasan promosi pelancongan.

Beliau menyifatkan lebih mengecewakan apabila program sedemikian dikaitkan dengan penganjuran pihak kerajaan, kerana ia disifatkan meniru budaya Barat yang terlalu bebas ketika berhibur.

Katanya, pesta hiburan terbuka dalam keadaan basah yang berlangsung secara “terkinja-kinja” boleh memberi rangsangan kepada nafsu serta mencetuskan tindakan luar kawalan.

Rukun Negara Tekankan Kesopanan Dan Kesusilaan

Asri turut menegaskan bahawa pegangan Rukun Negara sendiri menekankan keharmonian melalui nilai kesopanan dan kesusilaan yang menjadi asas masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Beliau berkata menganjurkan program hiburan bukanlah satu kesalahan, namun penganjuran hiburan yang melibatkan percampuran bebas secara terbuka disifatkan bercanggah dengan adab serta nilai masyarakat tempatan.

Menurutnya, isu tersebut bukan soal siapa suka hiburan atau siapa menolak hiburan, tetapi lebih kepada tanggungjawab kerajaan memastikan aktiviti hiburan rakyat dianjurkan secara lebih terpimpin.

Kelantan Perkenal RUU Kawalan Hiburan

Dalam kenyataan sama, beliau memaklumkan Kerajaan Negeri Kelantan telah menggubal serta melaksanakan peraturan dan garis panduan menerusi Rang Undang-Undang Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan (Kelantan) 2025.

Katanya, RUU itu dirangka khusus sebagai benteng bagi mengelakkan penganjuran hiburan melampau serta aktiviti bebas tanpa kawalan.

Beliau berpandangan sudah tiba masanya negeri-negeri lain termasuk Kerajaan Persekutuan memberi keutamaan kepada pekeliling, peraturan atau undang-undang kawalan hiburan seperti yang dilaksanakan di Kelantan.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan tindakan Kementerian Pelancongan memperkenalkan serta menganjurkan pesta percampuran bebas terbuka untuk menarik pelancong sebagai tersasar dan tidak selari dengan sensitiviti masyarakat serta keharmonian Perlembagaan.

Gesa Perdana Menteri Ambil Tindakan

Asri turut menyatakan solidariti dengan pihak-pihak yang telah menolak penganjuran pesta berkenaan melalui kenyataan serta ucapan dalam pelbagai program.

Beliau mendakwa dimaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri pada asalnya dijemput untuk merasmikan pesta tersebut, dan walaupun tidak hadir, program itu masih berlangsung dalam pengetahuan beliau.

Sehubungan itu, beliau menggesa Perdana Menteri mengambil tindakan serta langkah sewajarnya segera terhadap penganjuran yang dijadual berakhir pada 2 Mei 2026.

Mengakhiri kenyataan, beliau menyeru rakyat agar bersatu hati menolak pesta yang disifatkan membawa kemudaratan serta memberi kesan negatif kepada masyarakat, selain memohon negara dijauhkan daripada bencana dan bala.

SHARE:

TERKINI

RM6.26 Juta Dadah Dirampas, Ketua Sindiket Bergelar ‘Datuk’ Antara 291 Ditahan
|
Seorang ketua sindiket dadah bergelar 'Datuk' menjadi antara 291…
Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Kerusi Di Rumah Pengasuh
|
Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan disahkan meninggal dunia…
Tujuh Beranak Di Tumpat Lega Gangguan Mistik Hilang Selepas Sebulan
|
Sebuah keluarga tujuh beranak di Kampung Kutan Sungai, Tumpat…
SMKA Naim Lilbanat Sekolah Pertama Di Kelantan Miliki Kelas Berasaskan AI
|
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu…
Durian Serendah RM1.30 Sekilo Di Tumpat, Harga Esok Ditentukan Pembeli
|
Lambakan durian musim ini memberi rezeki kepada pencinta raja…
Suami Tetak Isteri Guna Parang Sebab Tegur Jiran Lelaki
|
Seorang suri rumah berusia 40 tahun cedera parah selepas…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!