Treler Terbabas Melintang Jalan, Trafik Sesak 7 Kilometer Di Gua Musang

Awal pagi tadi, pengguna jalan raya di laluan Gua Musang-Kuala Lipis berdepan kesesakan teruk apabila sebuah treler dilaporkan terbabas sebelum melintang di tengah jalan.

Kejadian itu menyebabkan aliran trafik sesak sejauh kira-kira tujuh kilometer di kedua-dua arah.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, kemalangan berlaku kira-kira pukul 2.10 pagi di Kilometer 9 Jalan Gua Musang–Kuala Lipis.

Katanya, Kaunter Aduan Trafik IPD Gua Musang menerima maklumat mengenai kejadian tersebut kira-kira 10 minit kemudian.

Siasatan awal mendapati treler jenis Scania yang dipandu lelaki berusia 39 tahun itu sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Lipis menuju ke Gua Musang.

“Setibanya di lokasi kejadian, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan ketika menuruni jalan selekoh berbukit sebelum terbabas dan melintang di tengah jalan,” katanya.

Beliau memaklumkan, keadaan jalan yang licin serta muatan berat dipercayai menjadi punca kemalangan.

Akibat kejadian itu, pemandu dan pembantu treler mengalami kecederaan ringan dan dikejarkan ke Hospital Gua Musang untuk menerima rawatan.

Kes disiasat mengikut Kaedah 10, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana gagal mengawal kenderaan, dan siasatan lanjut masih dijalankan.


Sumber: Kosmo

SHARE:

TERKINI

Lelaki Ditemukan Maut Dengan Kesan Tikaman Dalam Bilik Mandi Di Kota Bharu
|
Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemukan maut dengan kesan…
Kerajaan Kelantan Tegas Terhadap Perlombongan Haram Selepas Tragedi Di Jeli
|
Kerajaan Negeri Kelantan melahirkan rasa dukacita dan kesal terhadap…
Laluan Jalan Lojing – Gua Musang Kini Dibuka Semula Kepada Semua Kenderaan
|
Laluan FT185 Seksyen 107.60 Jalan Lojing – Gua Musang…
45 Rumah Di Pasir Mas Dikesan Buat Sambungan Haram Bekalan Air
|
Sebanyak 45 rumah di kawasan perumahan Prima Lubok Jong,…
Penoreh Getah Dipenjara 12 Bulan Cederakan Anggota Polis Di Gua Musang
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh…
Empat Motosikal Polis Trafik Musnah Dalam Kebakaran Di IPD Pasir Puteh
|
Empat motosikal polis trafik musnah dalam satu kebakaran yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!