Sebuah Proton Saga Menanti Penyokong Kelantan Red Warrior FC

Kelantan Red Warrior FC (KRW) membuat kejutan menjelang baki dua perlawanan terakhir Liga A1 Semi-Pro 2025/2026 apabila menawarkan hadiah utama sebuah kereta Proton Saga untuk dimenangi penyokong.

Inisiatif itu dilihat sebagai penghargaan buat peminat setia yang terus memberi sokongan kepada pasukan sepanjang musim.

Hadiah Bernilai RM48,000 Untuk 27 Pemenang

Selain kereta Proton Saga, penyokong turut berpeluang memenangi Jersi KRW jenama Warrix dan juga mafla dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM48,000.

Difahamkan, seramai 27 pemenang bertuah akan dipilih menerusi kempen tersebut.

Cara Sertai: Beli Jersi, Tiket, PPV Atau Kopi

Bagi menyertai cabutan bertuah itu, penyokong hanya perlu membuat pembelian sama ada:

  • - Jersi rasmi pasukan
  • - Tiket perlawanan
  • - Pay Per View (PPV) untuk menonton perlawanan secara dalam talian
  • - Kopi Nasken Coffee di booth stadium pada hari perlawanan

Resit pembelian kemudiannya perlu dimuat naik melalui pautan rasmi kempen di:
https://promotion.naskencoffee.com/campaign/beli-dan-menang-krw-x-nasken

cabutan bertuah proton saga kelantan red warrior


Dua Perlawanan Terakhir Di Stadium Sultan Muhammad IV

KRW dijadualkan menentang Imigresen FC II pada Ahad, 17 Mei 2026, sebelum menutup musim dengan perlawanan menentang Bunga Raya FC pada 23 Mei 2026.

Kedua-dua perlawanan itu akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Penyokong Diharap Penuhkan Stadium

Kehadiran penyokong memenuhi stadium dilihat amat penting bagi KRW untuk terus mengutip mata dan memperbaiki kedudukan liga, sekali gus mengintai peluang ke Liga Super musim depan.

SHARE:

TERKINI

Ketua Pemuda Amanah Bachok Didakwa Muat Naik Poster Palsu Kenaikan Harga Minyak
|
Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Bachok mengaku tidak…
[VIDEO] Pemilik Rumah Kesal, Penyewa Lari Tinggalkan Rumah Dalam Keadaan Rosak Dan Kotor
|
Seorang pemilik rumah di Taman Desa Kujid, Kota Bharu…
Sudah 10 Kali Ditangkap, Lelaki Mengaku Jadi Penyeludup Demi Sara Keluarga
|
"Kalau Tak Buat Kerja Ini, Apa Lagi Saya Boleh…
Lelaki Ditembak Ketika Hendak Masuk Kereta Selepas Beli Telur
|
Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas dipercayai ditembak…
PGA Rampas 14 Ekor Lembu Seludup Bernilai RM334,000 Di Tanah Merah
|
Cubaan menyeludup masuk 14 ekor lembu pedaging dipercayai dari…
Pasar Besar Machang Baharu Mula Beroperasi, Lebih Luas Dan Selesa
|
Penduduk Machang kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!