KRW Umum Pemain Minggu Depan, Fenomena ‘Gelombang Merah’ Di Liga Super Bakal Kembali

Kelantan Red Warrior (KRW) kini hanya menunggu lampu hijau daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi mengesahkan penyertaan mereka dalam saingan Liga Super musim depan.

Presiden KRW, Datuk Muhammad Zaki Harun berkata, beliau berharap segala urusan berkaitan penyertaan kelab itu dapat dimuktamadkan dalam masa terdekat sekali gus membuka laluan kepada pasukan dari Pantai Timur itu kembali beraksi di pentas tertinggi bola sepak negara.

Persiapan Ke Arah Liga Super

Menurut beliau, KRW sudah membuat persiapan awal ke arah penyertaan tersebut walaupun pengumuman rasmi daripada MFL masih belum dibuat.

Katanya, pihak kelab turut berterima kasih kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan MFL kerana memberi perhatian terhadap keupayaan KRW untuk dinaikkan pangkat ke Liga Super.

"Bagi pihak KRW, kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada FAM dan MFL kerana telah melihatkan keupayaan kami untuk dinaikkan pangkat (ke Liga Super).

"Apapun, kami masih menunggu pengumuman daripada pihak berkenaan dan kami di KRW memang melakukan persediaan ke arah itu. Sudah pasti terdapat pelbagai masalah yang ada tetapi kami cuba atasi.

"Saya sudah berjumpa dengan Setiausaha Agung FAM untuk membincangkan beberapa perkara dan segalanya nampak positif.

"Kepada peminat KRW, khasnya di Kelantan, berilah peluang kepada kami, kami akan memberikan yang terbaik," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Pernah Berdepan Isu Transfer Ban

KRW menamatkan kempen Liga A1 Semi-Pro musim lalu di tangga keempat, pencapaian yang menjadi asas untuk pasukan itu melangkah ke Liga Super.

Bagaimanapun, usaha tersebut sebelum ini sedikit terganggu apabila timbul dakwaan persamaan identiti dengan Kelantan FC yang sudah tidak lagi bersaing dalam Liga Malaysia, sekali gus berpotensi menyebabkan KRW dikenakan larangan pendaftaran pemain oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Walaupun berdepan cabaran itu, pihak pengurusan optimis isu berkenaan dapat diselesaikan bagi membolehkan KRW kembali mewarnai saingan Liga Super.

Dalam perkembangan terbaru, KRW dijangka mengumumkan barisan pemain secara berperingkat bermula minggu depan selepas selesai urusan pemeriksaan kesihatan dan dokumentasi.

Dapatkan pas bermusim KRW disini

Sumber: Astro Arena

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!