Polis Nafi Bapa Salah Seorang Suspek Kes Bunuh Nurfisya Pegawai Kanan Polis

Polis Kelantan menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya bapa kepada salah seorang suspek kes pembunuhan penuntut Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Nurfisya Zulkifly, 19, merupakan pegawai kanan polis berpangkat tinggi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata, dakwaan tersebut adalah tidak benar dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dengan spekulasi di media sosial.

“Selagi benda itu bukan kenyataan rasmi dari pihak polis, jangan percaya.

“Warganet ini kadang-kadang siasatan mereka lebih daripada polis,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Dakwaan Tular Cetus Perdebatan

Sebelum ini, tular satu dakwaan di media sosial yang mendakwa bapa kepada salah seorang suspek yang ditahan adalah pegawai kanan polis berpangkat tinggi, sekali gus mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan warganet.

Antara hantaran yang tular menyebut, “Fuhh... ada cable besar rupanya? Tragedi 61 tikaman... netizen gempar apabila diketahui bapa suspek merupakan pegawai kanan polis berpangkat tinggi.”

Namun, polis menegaskan dakwaan tersebut tidak berasas.

Kronologi Penemuan Mayat Mangsa

Sebelum itu, media melaporkan mayat Nurfisya ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di atas jalan di Kampung Simah, Ketereh, sekitar jam 12.22 tengah malam pada Jumaat.

Mangsa dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya ditinggalkan di kawasan tersebut.

Kes berkenaan mencetuskan perhatian ramai selepas mangsa dilaporkan mempunyai 61 kesan tikaman pada tubuhnya.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Lelaki Ditemukan Maut Dengan Kesan Tikaman Dalam Bilik Mandi Di Kota Bharu
|
Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemukan maut dengan kesan…
Kerajaan Kelantan Tegas Terhadap Perlombongan Haram Selepas Tragedi Di Jeli
|
Kerajaan Negeri Kelantan melahirkan rasa dukacita dan kesal terhadap…
Laluan Jalan Lojing – Gua Musang Kini Dibuka Semula Kepada Semua Kenderaan
|
Laluan FT185 Seksyen 107.60 Jalan Lojing – Gua Musang…
45 Rumah Di Pasir Mas Dikesan Buat Sambungan Haram Bekalan Air
|
Sebanyak 45 rumah di kawasan perumahan Prima Lubok Jong,…
Penoreh Getah Dipenjara 12 Bulan Cederakan Anggota Polis Di Gua Musang
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh…
Empat Motosikal Polis Trafik Musnah Dalam Kebakaran Di IPD Pasir Puteh
|
Empat motosikal polis trafik musnah dalam satu kebakaran yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!