Cemburu Dipercayai Punca Pelajar Kolej Ditikam 61 Kali Di Ketereh, Polis Sifatkan Kes Selesai

Motif cemburu dipercayai menjadi punca pembunuhan seorang pelajar kolej berusia 19 tahun, yang mayatnya ditemukan dengan 61 kesan tikaman di Ketereh, tengah malam kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata pihaknya mengesyaki mangsa ditikam sehingga mati oleh teman lelakinya yang juga berusia 19 tahun selepas berlaku salah faham antara mereka.

“Polis percaya cemburu adalah motif pembunuhan mangsa, siasatan awal menunjukkan berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek yang membawa kepada kematiannya. Dia dipercayai ditikam ketika berada di dalam kereta suspek.

“Dengan penangkapan suspek utama ini, polis percaya kes pembunuhan ini sudah selesai,” katanya kepada New Straits Times.

Menurut Mohd Yusoff, seorang lagi remaja yang turut ditahan dalam kes berkenaan adalah rakan mangsa.

Terdahulu, dua remaja lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan itu direman selama tujuh hari, manakala dua lagi suspek masing-masing wanita berusia 60 tahun dan lelaki berusia 66 tahun direman selama tiga hari.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Amirul Asyraf Abdul Rasid.

Sebelum ini media melaporkan, mayat mangsa ditemukan ditinggalkan di Ketereh tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, namun identitinya dikenal pasti melalui semakan cap jari oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Polis turut memaklumkan mangsa dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan penemuan.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah akibat kecederaan tikaman berganda di bahagian dada.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

BERKAITAN:
Penemuan Mayat Wanita Tertiarap Dengan Kesan Tikaman Di Atas Jalan Di Ketereh

Saksi Nampak Kecederaan Di Muka Dan Leher, Penemuan Mayat Wanita Di Ketereh Diklasifikasikan Kes Bunuh

Wanita Ditemui Maut Di Ketereh Pakai Rantai Leher Ukiran Nama “SYAA”

Identiti Gadis Ditikam 61 Kali Diketahui, Pelajar Kolej Di Kota Bharu Dari Perak

Kes Pelajar Wanita Ditikam 61 Kali Di Ketereh: Dua Suspek 19 Tahun Ditahan Polis

“Baru Sabtu Lepas Kami Hantar Dia…” Abang Mangsa 61 Tikaman Luah Sebak

Gadis Ditikam 61 Kali Keluar Makan Dengan 2 Suspek, Muat Naik Status WhatsApp Jam 11 Malam


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Lelaki Ditemukan Maut Dengan Kesan Tikaman Dalam Bilik Mandi Di Kota Bharu
|
Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemukan maut dengan kesan…
Kerajaan Kelantan Tegas Terhadap Perlombongan Haram Selepas Tragedi Di Jeli
|
Kerajaan Negeri Kelantan melahirkan rasa dukacita dan kesal terhadap…
Laluan Jalan Lojing – Gua Musang Kini Dibuka Semula Kepada Semua Kenderaan
|
Laluan FT185 Seksyen 107.60 Jalan Lojing – Gua Musang…
45 Rumah Di Pasir Mas Dikesan Buat Sambungan Haram Bekalan Air
|
Sebanyak 45 rumah di kawasan perumahan Prima Lubok Jong,…
Penoreh Getah Dipenjara 12 Bulan Cederakan Anggota Polis Di Gua Musang
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh…
Empat Motosikal Polis Trafik Musnah Dalam Kebakaran Di IPD Pasir Puteh
|
Empat motosikal polis trafik musnah dalam satu kebakaran yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!