Perempuan Cantik, Pandai Berhias, Tapi Rumah Sewa Macam Tong Sampah

Seorang pemilik rumah sewa meluahkan rasa terkejut apabila kediamannya didakwa hampir bertukar seperti ‘tong sampah’ selepas disewakan kepada penyewa yang tidak bertanggungjawab.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, pengguna dikenali sebagai Lilostarx7 berkata, pada awalnya rumah tersebut disewa oleh pasangan suami isteri.

Namun selepas pasangan itu bercerai, rumah berkenaan kemudiannya didiami oleh anak perempuan mereka yang berusia 22 tahun.

“Asalnya rumah ni family (keluarga) yang duduk dan difahamkan family dah bercerai dan tinggal anak perempuan berusia 22 tahun yang menginap rumah ni.

“Selama anak perempuan dia duduk, memang kami tak pergi jenguk ataupun bertanya mengenai bil, maintenance. Disebabkan kepercayaan, kami lepaskan mereka,” katanya.

Bagaimanapun, pemilik rumah itu berkata dia mula menerima beberapa aduan daripada orang ramai berhubung keadaan kediaman tersebut.

“Macam macam dah kami dengar. Dari pandangan orang luar, anak perempuan mereka sangat cantik dan pandai sangat berhias,” ujarnya.

View on Threads


Berdasarkan gambar dan klip video yang dikongsikan, keadaan rumah berkenaan dilihat sangat teruk dengan sisa makanan dan minuman basi berlonggokan di pelbagai ruang dalam rumah.

Bukan itu sahaja, bilik tidur juga dilihat bersepah dengan pakaian berselerakan di lantai dan merata tempat, sekali gus mencetuskan rasa tidak percaya terhadap keadaan sebenar kediaman tersebut.


Sumber: Kosmo

SHARE:

TERKINI

RM6.26 Juta Dadah Dirampas, Ketua Sindiket Bergelar ‘Datuk’ Antara 291 Ditahan
|
Seorang ketua sindiket dadah bergelar 'Datuk' menjadi antara 291…
Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Kerusi Di Rumah Pengasuh
|
Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan disahkan meninggal dunia…
Tujuh Beranak Di Tumpat Lega Gangguan Mistik Hilang Selepas Sebulan
|
Sebuah keluarga tujuh beranak di Kampung Kutan Sungai, Tumpat…
SMKA Naim Lilbanat Sekolah Pertama Di Kelantan Miliki Kelas Berasaskan AI
|
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu…
Durian Serendah RM1.30 Sekilo Di Tumpat, Harga Esok Ditentukan Pembeli
|
Lambakan durian musim ini memberi rezeki kepada pencinta raja…
Suami Tetak Isteri Guna Parang Sebab Tegur Jiran Lelaki
|
Seorang suri rumah berusia 40 tahun cedera parah selepas…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!