Lelaki Ditahan Seludup 30 Paket Petai Dari Thailand

Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki tempatan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan menyeludup 30 paket petai di Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan dilakukan oleh Strike Force Batalion Ke-9 selepas mengesan sebuah Proton Wira yang berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan sempadan, kira-kira jam 5.30 petang.

Menurutnya, anggota bertindak memberhentikan kenderaan tersebut sebelum pemeriksaan menemui beberapa paket plastik mengandungi petai yang dipercayai dibawa masuk tanpa sebarang dokumentasi sah.

“Seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen berkaitan barangan berkenaan,” katanya.

Ahmad Radzi berkata, petai itu dipercayai diseludup dari Thailand untuk edaran di pasaran tempatan.

Tambahnya, hasil pemeriksaan turut mendapati petai berkenaan disyaki dicemari perosak serta penyakit.

Nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dan petai tersebut dianggarkan berjumlah RM12,400.

Semua barangan rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Pertanian Kelantan untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167).


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Bomba Dedah Punca Kebakaran 27 Rumah Di Gok Kapur
|
Kebakaran yang memusnahkan 27 rumah di Kampung Gok Kapur…
Kerajaan Kelantan Tidak Iktiraf Pelantikan Ketua Rohingya Di Setiap Daerah
|
Kerajaan Kelantan menegaskan bahawa pihaknya tidak mengiktiraf pelantikan ketua…
Seakan Pertubuhan Rasmi, Pelarian Rohingya Lantik Ketua Setiap Daerah Di Kelantan
|
Tular di media sosial mengenai kewujudan sebuah laman yang…
Bekal Air Ketum Kepada Nelayan, Dua Lelaki Ditahan Di Tok Bali
|
Kegiatan membekalkan air ketum kepada nelayan dan awak-awak kapal…
Warga Emas Ditahan Bawa 800kg Beras Seludup Dari Thailand Di Tanah Merah
|
Cubaan seorang lelaki warga emas untuk meloloskan diri daripada…
Ronaldo Pemain Pertama Jaring Gol Dalam Enam Piala Dunia
|
Cristiano Ronaldo terus mengukuhkan statusnya sebagai antara pemain terhebat…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!