Jemaah Haji 77 Tahun Dari Machang Meninggal Dunia Di Mekah

Seorang jemaah lelaki warga emas dari Machang, Kelantan dilaporkan meninggal dunia di Tanah Suci Mekah akibat jangkitan kuman pada bahagian perut.

Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataan memaklumkan Allahyarham berusia 77 tahun itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital King Abdul Aziz pada jam 5.40 petang waktu tempatan.

Difahamkan, Allahyarham hadir menunaikan ibadah haji bersama isterinya sebagai jemaah kumpulan KT50 dan menginap di Hotel Abraj Al-Tayseer sepanjang berada di Mekah.

Menurut TH, punca kematian adalah akibat intra-abdominal sepsis atau jangkitan kuman di kawasan perut.

Jenazah Allahyarham kemudian telah disempurnakan solat jenazah di Masjidil Haram selepas solat Subuh sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Sharayea, Mekah.

TH turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergian tersebut.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Tiga Lelaki Maut, Lori Ayam Rempuh Treler di Tanah Merah
|
Perjalanan tiga lelaki membawa bekalan ayam dari Perak ke…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!