‘Memalukan negeri’, pempengaruh buat live lucah rakam wanita tanpa izin

Tindakan seorang lelaki yang berani membuat siaran langsung di media sosial sambil merakam wajah seorang wanita yang sedang menjamu selera di restoran tanpa kebenaran, mengundang kecaman hebat warganet.

Lebih mengejutkan, lelaki berkenaan yang dipercayai suami kepada seorang usahawan dari Kelantan bukan sahaja merakam wajah wanita itu secara terbuka, malah turut bersembang lucah dengan pengikutnya sepanjang sesi siaran langsung tersebut.

Rakaman itu tular sejak semalam di TikTok dan Instagram selepas beberapa pengguna memuat naik semula potongan video yang memaparkan wajah mangsa dengan jelas. Dalam masa sama, lelaki terbabit dilihat melontarkan komen berbaur seksual bersama pengikutnya.

Antara komen yang ditinggalkan termasuk kata-kata berunsur gangguan seksual dan gurauan keterlaluan terhadap tubuh mangsa, meskipun wanita tersebut langsung tidak menyedari dirinya sedang dirakam.

Tindakan tidak bermoral itu mencetuskan kemarahan ramai, dengan netizen menyifatkannya sebagai gangguan seksual siber dan penyalahgunaan media sosial demi tontonan murahan.

“Kalau orang rakam muka adik atau kakak dia macam tu, sembang pasal badan perempuan, baru dia tahu rasa. Ini bukan konten, ini gangguan seksual,” tegas seorang pengguna di TikTok.

Seorang lagi pengguna turut menegur budaya ‘live content’ tanpa batas yang semakin membimbangkan kerana ada individu sanggup memalukan orang lain demi perhatian.

“Bila sampai tahap rakam orang awam tanpa izin dan cakap benda lucah, itu dah langgar undang-undang,” katanya.

Beberapa netizen turut menggesa wanita berkenaan tampil membuat laporan polis, selain menyeru pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengambil tindakan terhadap lelaki terbabit.



“Rakaman tanpa kebenaran yang menjejaskan maruah individu boleh diklasifikasikan sebagai gangguan seksual siber. Ia bukan sekadar tidak bermoral, tetapi mempunyai implikasi undang-undang serius,” tulis seorang pengguna Instagram.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa mengenai insiden berkenaan.

#KelantanDaily
Sumber: Kosmo

TERKINI

Lelaki Cuba Lari Selepas Menyeberang Dari Thailand, 402 Pil Yaba Dirampas
|
Pasukan Strike Force Kompeni B Batalion 9 Pasukan Gerakan…
Dibayar RM4,000 Bawa 5Kg Ganja Dari Thailand Ke Kuala Lumpur, 2 Lelaki Ditahan Di Rantau Panjang
|
Pasukan Strike Force/Tiger Platoon Kompeni A Batalion 9 Pasukan…
Wanita Ditahan Bersama 5 Laras Senjata Api Termasuk M16 Di Kuala Krai
|
Polis menahan seorang wanita dan merampas lima laras senjata…
Polis Buru 5 Suspek Kes Tembakan Di Kemahang, Lelaki Cedera Di Dagu
|
Polis kini memburu lima suspek yang disyaki terbabit dalam…
Hujan Lebat Akibatkan Banjir Kilat Di Cameron Highlands
|
Hujan lebat selama lebih dua jam mengakibatkan kejadian banjir kilat…
“Tak Pernah Terfikir Jadi Hafiz, Tapi Di Penjara Saya Hafaz 30 Juzuk”
|
“Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk bergelar hafiz,…
Jawatan Kosong Kelantan