“Hebat Negeri Kelantan Masih Budayakan Jawi Dalam Design”

Satu perkongsian di Threads mengenai papan iklan yang menggunakan tulisan Jawi di Kota Bharu mencuri perhatian ramai pengguna media sosial.

Perkongsian itu dimuat naik oleh pengguna dikenali sebagai abudgrafik yang memuat naik gambar papan iklan berkenaan dengan kapsyen menyatakan kebanggaan terhadap negeri Kelantan kerana masih mengekalkan penggunaan tulisan Jawi dalam reka bentuk papan tanda dan iklan.

“Hebat Negeri Kelantan masih budayakan Jawi dalam design. Walaupun ramai benci Kelantan. Saya anak Kelantan! haha saya bangga!” tulisnya.

Perkongsian itu kemudian menerima pelbagai reaksi daripada netizen dari pelbagai negeri yang turut meluahkan rasa kagum terhadap usaha mengekalkan tulisan Jawi dalam paparan awam.

Seorang pengguna berkata dia yang berasal dari Kuala Lumpur turut berasa tenang setiap kali berada di Pantai Timur kerana suasana yang lebih harmoni serta penggunaan tulisan Jawi yang masih jelas kelihatan.

“Saya anak KL.. tapi sejuk jer rasa kalau jalan ke Kelantan.. tenang dengan tulisan Jawi dan orang Melayu, Cina, India kat sana,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna dari Sabah turut meluahkan rasa bangga melihat Kelantan mengekalkan identiti tersebut, manakala seorang pengguna dari Selangor berkata beliau gemar melawat Pantai Timur kerana elemen tradisi yang masih dikekalkan.

Perkongsian tersebut terus mengundang perbualan hangat di media sosial dengan ramai menganggap penggunaan tulisan Jawi sebagai sebahagian daripada identiti budaya yang masih relevan hingga kini.

Sumber: Thread | abudgrafik

SHARE:

TERKINI

Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Tiga Lelaki Maut, Lori Ayam Rempuh Treler di Tanah Merah
|
Perjalanan tiga lelaki membawa bekalan ayam dari Perak ke…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!