Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia

Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan, malah seorang lelaki yang dikatakan memiliki wajah seiras bintang muda Sepanyol, Lamine Yamal, turut mencuri perhatian orang ramai.

Menerusi gambar yang tular di media sosial, lelaki berkenaan dilihat dikerumuni beberapa individu yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersamanya.

Perkongsian itu pantas mengundang pelbagai reaksi lucu daripada netizen yang mengakui terdapat sedikit persamaan pada raut wajahnya dengan pemain sensasi Barcelona dan skuad kebangsaan Sepanyol itu.

Difahamkan, gambar tersebut dirakam ketika program tayangan skrin besar (big screen) perlawanan akhir Piala Dunia FIFA di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Panji, Kota Bharu awal pagi semalam.

Perlawanan itu menyaksikan Sepanyol muncul juara dunia selepas menewaskan Argentina 1-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung sehingga masa tambahan.

Walaupun sekadar gurauan netizen, kemunculan "Lamine Yamal versi Kelantan" nyata menceriakan suasana dan menjadi antara momen yang paling banyak diperkatakan oleh penyokong bola sepak yang hadir menyaksikan aksi final tersebut.

TERKINI

Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Tiga Lelaki Maut, Lori Ayam Rempuh Treler di Tanah Merah
|
Perjalanan tiga lelaki membawa bekalan ayam dari Perak ke…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!